Pages

Wednesday, 19 November 2014

Di Landasan Cintamu

 Duduknya aku di dalam sebuah keretapi, aku mula menulis meluah apa yang terbuku di hati Aku merasa diri aku amat terasing di dunia luar kerana wajah aku yang tidak tampan mahupun segak ini ingin berkawan, memikat si gadis yang ayu atau bergaul mesra turut tidak dipedulikan. Aku yang serupa 'beast' di setiap pandangan orang lain yang memandang, berat lagi beban yang terasa untuk menanggung setiap derita dalam diri aku.

Bagaimana aku ingin berubah?? Sedangkan tiada sesiapa ingin mendekati diri aku. Aku sangat pasrah.

           Aku melihat di luar tingkap. Pemandangan yang indah, permai maka selalu orang akan kunjungi. Tapi kenapa kita harus memilih hanya yang baik dan sempurna?? kenapa bukan dengan hidup dalam alam nyata??walaupun  kita mengerti yang kita hanyalah pinjaman dan sementara semata-mata.

"Encik, boleh saya duduk?? Maaflah menganggu sebabnya tiada ruang tempat duduk yang kosong lagi selain dari tempat duduk encik ini." sapa dari seorang lelaki yang sudah tua namun masih mampu bangun untuk melanjutkan perjalanan hidupnya dengan hanya menggunakan satu tongkat sahaja.

"Boleh pakcik, apa salahnya. Silakan" jawab aku.

"Anak menulis apa?? Nampak wajah macam sedih?? Mahukah anak berkongsi cerita dengan pakcik??" sahut pakcik lagi tetapi kali ini banyak juga soalan darinya.

"Saya hanya menulis pakcik, meluah apa yang dirasa.... Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan ada yang mahu serta sudi mendengar cerita dari saya." jawab aku dengan nada yang sedih. Raut wajah aku turut tergambar di setiap kata-kata yang diucapkan itu.

"Ceritalah kepada pakcik...mungkin ada baiknya kita meluah kepada orang yang benar-benar ikhlas untuk mendengarnya, bukan?? Apabila isi hati dapat diluahkan pasti kita peroleh ketenangan." 

"Baiklah."

"Saya sunyi pakcik. Tiada teman mahu pun kawan rapat untuk berborak. Pakcik tengoklah keadaan saya yang buruk ni. Tiada orang yang sudi mendekati saya walaupun seorang perempuan. Saya ingin kehidupan normalseperti orang lain. Berkasih sayang, dihormati dan dicintai. Pekerjaan saya adalah merantau dan menulis. Alhamdulillah hasil pendapatan saya semuanya dari karya-karya saya sendiri. Saya memang bahagia, cukup makan dan pakaian. Cuma hati saya sahaja yang kosong." Cerita aku kepada pakcik tua itu.

"Beginilah wahai anak! Kamu hendaklah berani berubah ke arah yang lebih baik lagi. Maksud pakcik ke jalan Allah." kata pakcik itu.

"Ke jalan Allah??? Maksud pakcik..."

"Bersolatlah kamu...memohon dan berdoa agar diberi ketenangan dan jalan yang luas untuk kamu benar-benar memahami apa yang kamu inginkan di dunia ini. Jangan sesekali melakukannya kerana mahu akan balasan sahaja." 

"Saya selalu bersolat pakcik. Tak pernah tinggal."

"Tapi adakah ia memadai???" tanya pakcik itu kepada aku.

Aku terdiam sejenak memikirkan. Benar kata pakcik, adakah aku bersungguh-sungguh dengan doa ku selama ini??!! Ikhlaskah aku apabila mengerjakannnya???" bisik hati aku.

"Sekarang, pakcik nak anak cuba berubah, jadikan yang buruk menjadi cantik!! Jadikan yang kurang sempurna, disempurnakan dengan segera. In Sya Allah nescaya cahaya akan sampai kepada kita dengan hanya sempurnakan solat dan terus berdoa." jawab pakcik itu sambil memegang bahu aku untuk bersabar dengan dugaan yang diberikan.

"Baiklah pakcik. Terima kasih akan nasihat pakcik itu. In Sya Allah saya akan cuba mendengar setiap apa yang diperkatakan oleh pakcik sebentar tadi." sambut aku kembali dengan memegang tangan pakcik dan bersalaman dengannya.

"Sekejap lagi, tempat perhentian pakcik akan tiba. Pakcik pergi dulu ya nak... Assalamualaikum...bersabarah......!" ayat terakhir yang terkeluar dari mulut pakcik itu.

Seminit aku menoleh kembali ke arahnya, pakcik itu terus hilang. Aku berasa hairan dan pelik. Tetapi ditelinga aku hanya mendengar setiap perkataan yang dikatakan oleh pakcik itu. Hati aku mula rasa tenang dan bersyukur kerana ada juga orang lain yang sudi mendengar kisah aku.

          Kemudian, aku menyambung menulis semula apa yang sudah terjadi sebentar tadi. Aku mencoret semua apa yang berlaku  semasa berada di dalam keretapi ini. Aku berfikir, mungkin benar apa yang berlaku  ini ada hikmahnya. Aku sedar dan mata aku terbuka untuk cuba merubah ke arah yang lebih baik lagi.

Setibanya aku di perhentian Nilai, Negeri Sembilan.

Aku berjalan keluar dari landasan keretapi itu dan bertukar menuju destinasi ke kota besar Kuala Lumpur. Aku perlu mulakannya dari asal semula. Bagaimana kehidupan aku sentiasa diejek, dicerca dan dihina kerana keadaan aku yang hodoh ini. Di landasan itu juga, hati aku tercari-cari tempat untuk bersolat. Aku segera ke arah itu, lalu aku membersihkan diri dengan sempurna seperti yang dikatakan oleh pakcik. Niat adalah yang paling penting sekali lakukannya hanya kerana Allah.

Sampai di tempat bilik air, aku mandi dan mengambil wuduk. Aku mencukurkan janggut yang lama tersimpan disebabkan aku suka merantau. Rupa aku yang tidak terurus itu tiba-tiba menjadi sangat tampan dan kemas. Akhirnya, aku suka akan penampilan aku sekarang lalu segera aku melaksanakan sunnah aku di bilik solat. Aku memohon ampun di setiap dosa yang aku lakukan selama ini, setiap kata-kata aku yang tidak baik atau sebagainya yang terlepas dari bibir aku selama ini. "Alhamdullillah.. Aminnnn."

         Setealah selesai aku rehat sambil mengisi perut aku dengan makanan segera. Rehatnya aku di kerusi bagi menunggu landasan KTM ini untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak apa yang aku perolehi pada hari ini turut ada memberi menfaat kepada aku serta kebaikan dalam diri aku untuk terus lebih kuat dan bersemangat hidup. Masa depan adalah perkara paling penting untuk semua kehidupan manusia, kita perlu merancang perjalanan dan rentak hidup kita dengan baik dan sebaiknya jagalah setiap perkara mengikut sunnahNya. "Pakcik yang membantu hanya sekadar berkata-kata dan bermadah, aku boleh terlena dengan buaian setiap apa yang diperkatakannya itu, cuba untuk memahami dan menulis serta lakukan." bisik hati aku sambil melihat keadaan sekeliling kota. Manusia yang sibuk dengan hal dunia berbanding dengan akhirat. Ke hulur dann ke hilir hanya berusaha mencari sesuap nasi. "Kesian..." suara hati aku mengeluh.

         Akhirnya masa menunggu ketibaan KTM sudah pun tiba yang berhenti di hadapan aku. Aku terus bangkit dari kerusi lalu segera mengambil beg tangan yang isinya terdapat buku, pen, kertas, laptop, telepon bimbit dan perakam suara. Semua itu adalah bahan terkumpul untuk meyediakan sebuah karya.

"Maaf-maaf, tumpang lalu..." kata aku sambil berlari anak untuk sampai di hadapan pintu KTM itu.

Aku menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari tempat duduk kosong, malangnya tetap tiada. Perjalanan aku agak jauh dan mengambil masa yang panjang. Tidak mampu rasanya kaki ini terus bertahan untuk berdiri sedangkan otak sedang giat aktif untuk mengolah dan mengarang.

"Aku perlukan tempat duduk dengan segera" bisik hatinya. Dalam aku berjalan dan melangkah sambil melihat tempat duduk yang kosong akhirnya aku terjumpa jua. Tapi dilihatnya seorang gadis yang berpakaian biasa sedang membaca buku novel cinta. Sememangnya kegemaran orang pada zaman sekarang amat berminat untuk membaca novel cinta seperti itu.

"Assalamualaikum, maaf kalau tidak keberatan boleh saya duduk di sebelah awak." tanya aku kepada gadis yang bertudung itu.

"Walaikumsalam silakan...." jawab gadis itu, tetapi dia tidak menunjukkan wajahnya cuma hanya menjawab dan kedengran suaranya dari situ. Ianya amat merdu dan lembut.

"Terima kasih..." kata-kata akhir di antara mereka berdua.

Hatta Ashraf nama aku sebenar...yang sedang cuba mencari jawapan dalam diri aku sendiri. Dengan wujudnya pelbagai persoalan seperti apakah kehendak aku yang sebenarnya?, siapakah yang aku cari sebagai pendamping aku di masa hadapan? Bagaimana aku boleh hidup berkeluarga dengan hanya menulis?... Secara kebetulan aku menemui seorang pakcik di LRT ini, banyak ilmu dan pendapat yang aku perolehi. Tentang hidup, tentang diri aku sendiri yang asalnya aku sangat hodoh dan aku bersyukur kepadaNya Dia telah menjodohkan aku dengan seseorang yang telah membuka minda dan hati kecil aku untuk berubah untuk menjadi sempurna seperti sekarang ini. Maka, terhasilnya, saudara dan saudari di sekeliling aku sudi untuk menatap wajah aku serta bertegur -sapa... "Alhamdulillah". Ada kebaikan di situ apabila kita mahu melangkah sedepa ke hadapan dan tidak melupakan kisah lama tetapi simpan sebagai kenangan sahaja.

Perjalanan aku sekarang adalah mencari cinta sejati. Adakah pada masa ini masih muncul atau hanya rekaan semata-mata seperti cerita dalam novel yang dibaca oleh seorang gadis di sebelah aku ini. Entah??? Aku masih menunggu jawapan itu sehingga sekarang. Jodoh di tangan Tuhan, biarlah dia mendengar dan memerhati segalanya di sini.

"Maaf.... saya nak tumpang lalu sekejap, nak pergi ke tandas." kedengaran suara yang sangat lembut membuatkan aku terhenti untuk menulis seketika. Hati aku berdegup laju dan pantas.

Dilihatnya wajah gadis itu, ditatapnya dengan dalam mata gadis tersebut... "Ya Allah, cantiknya dia...". Dengan aku merenungnya itu membuatkan gadis itu tiba-tiba...

"Maaf ye encik, saya nak lalu..." dia terus bangun dan dengan pantasnya dia hanya melanggar kaki aku di situ. Mungkin dia merasa kurang selesa dengan apa yang aku buat sebentar tadi. "Ya Allah..ampunkan hambamu ini. Aku hanya insan yang lemah sahaja..."

Hatta Ashraf pun berhenti memerhatikan gelagat gadis itu dari jauh. Dia hampir terbabas di buai mimpi akibat   melihat ciptaan Allah yang begitu cantik itu. "Astargfirullahalazim..." Aku membawa diri aku mengucap dan menyapu tangan aku di wajah agar aku menyedari apa yang telah aku lakukan adalah angkara nafsu syaitan.
Kemudian, dia kembali berkarya.

Kita ketahui jodoh itu ada di mana-mana. Kadang-kadang kita tidak mengetahui mengapa ada berlakunya sesuatu kejadian itu. Adakah untuk menguji keimanan sahaja ataupun membuatkan diri kita lebih berani melakukan cabaran yang diberikan olehNYa. Hari ini, aku telah dipertemukan dengan dua insan yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Cara mereka memberi reaksi kepada aku sungguh berbeza. Yang lelaki memberi semangat kepada aku untuk terus hidup di alam nyata tatkala aku lemah dan kalah. Manakala perempuan, dia menunjukkan reaksi kurang senang dengan perangai yang aku tonjolkan. Dua watak yang berbeza ini membuatkan aku berfikir, lebih baik kita berterus terang apa yang ada di hati kita berbanding hanya untuk mendiamkan diri sahaja.

Adakah petunjuk kepada aku tentang gadis itu, aku harus minta maaf kepadanya??? Ya, aku harus dan patut melakukannya....

Beberapa lama kemudian, gadis itu datang kembali....tetapi dia tidak bertegur sapa dengan aku. Hanya terus melangkah dan lalu sahaja di hadapan aku. Aku turut memberi ruang kepadanya untuk berjalan dan duduk di tempatnya tadi. Aku beri senyuman kepadanya. Namun, mata gadis itu hanya menjeling tajam kepada aku sahaja. Aku benar-benar berasa bersalah.

"Ergg...cik, saya nak minta maaf...tadi... saya tak sengaja......" kata aku tiba-tiba.

"Tak apa........" sahut gadis itu dengan nada yang sangat lemah seperti otang merajuk.

"Ok.. Cik, tidak apa-apa kah? Ada masalah??" sapa aku lagi.

"Maaf saya tak kenal awak. Jadi jangan ganggu saya!" balas gadis itu. Aku pun turut mendiamkan diri juga.

        Dalam perjalanan aku ini, banyak perkara yang aku perhatikan. Gelagat orang tua, muda, kanak-kanak yang suka bermain dan ada yang nyenyak tidur. Perjalanan yang lama ini juga membuatkan aku ingin merehatkan diri lalu aku menamatkan hasil tulisan aku di laptop ini. Aku akhinya tertidur.....

        Kedengaran suatu bunyi bising yang agak dekat dengan aku. Akhirnya aku terjaga, terlihatnya gadis itu tengah memarahi seseorang di panggilan telefonnya. Dia menangis.

"Awak bukan peduli keadaan saya pun. Sudah sebulan awak tak cari saya setelah awak dapat kerja tu.. Sudahlah malas saya nak ambil berat pasal awak. Kita putus....." kata-kata dari gadis itu dituju kepada pendengar di sana membuatkan aku mengerti kenapa dia bermasam muka dengan aku sejak tadi.

Aku tersengih dan mengatakan........

"Rupanya awak ni merajuk..." kata aku sambil ketawa dengan gadis itu.

"Apa??!! Merajuk??? Tolong sikit ye encik.." Sahut gadis itu dengan nada marah sambil mengesat air matanya yang jatuh di wajahnya.

"Awak jangan salah faham, saya hanya bertanya tadi dan ingin tahu masalah awak." sahut aku lagi.

Gadis itu terus mendiamkan diri lalu membuatkan keadaannya sangat kesal dan perasaan benci mula terpancar di wajahnya. Dia akhirnya menangis lagi, tapi kali ini dengan sekuat hatinya. Nasib baik ada baju sejuk untuk menutupi wajahnya yang sedang menangis itu. Kalau tidak, pasti setiap orang di sekelilingnya mendengar tangisan gadis itu. Aku mula merasa kasihan dengannya.

"Awak luahkan sahaja dengan saya. Saya sudi mendengarnya...." kata aku lagi tapi dengan niat untuk memujuk gadis itu supaya lebih tenang.

Gadis itu terus berhenti menangis dan cuba memperbetulkan duduknya dan melihat mula memerhatikan aku. Namun, aku tidak membalas renungan dari gadis itu. Aku hanya menunggu bibirnya untuk berkata-kata.

"Saya sudah lama menunggu dia, tapi sebulan dia tidak hubungi saya setelah dia dapat kerja menjadi polis. Kami bercinta agak lama. Kami tidak pernah berpisah tapi baru sekarang saya rasakan dia sudah jauh dari saya. Saya tidak mampu menahannya lagi awak...." cerita gadis itu kepada aku.

"Ok, saya faham...tapi awak tidak boleh macam ini terus, bawa-bawa bersabar dan berdoa agar dipanjangkan jodoh awak itu. Itu hanyalah ujian dariNya. Awak perlu redha ya..." kata aku lagi.

"Maaf ya encik sebab saya telah membebankan awak dengan cerita saya itu."

"Tidak mengapa..."

"Tapi saya tidak mahu kembali kepadanya. Apabila sekali dia boleh melupakan saya, pasti ada yang kedua kalinya bukan???" bicara gadis itu lagi.

"Saya tak pasti sebab saya tidak pernah mengalaminya lagi sebelum ini."

"Awak tidak pernah bercinta???"

"Tidak pernah..." sahut aku sambil tersipu malu.

Kemudian, gadis itu keatawa kepada aku. "Pasti ada jodoh dariNya nanti. Awak bersabar ya."

Kami pun sama-sama mendiamkan diri. Aku melihat keadaan gadis itu sudah pun tenang. Dia kembali membaca buku novelnya itu.

        Akhirnya, dua jam di dalam landasan KTM itu kami pun sampai di destinasi yang diinginkan. Kami akhirnya terpisah dan masing-masing hanya menyampaikan salam agar dipertemukan lagi selepas ini. "In Sya Allah" sahut kami bersama di dalam hati.

Sampai di hadapan terminal bas, aku mleihat ada seorang perempuan mendekati gadis itu hanya dari jauh. Mereka berpelukkan. Manakala aku, aku perlu kembali ke rumah Pak Ngah, di mana kami ada hal yang penting perlu dibincangkan. Aku tercari saudara aku sekiranya mereka sudah sampai. di terminal bas ini.

         Aku lalu memeriksa beg dan bagasi aku. Aku menarik dan meletakkan di tempat penunggu kereta.

"Abang Hatta.... dah sampai..." jerit Fahmi dari jauh iaitu anak Pak Ngah aku itu.

"Assalamulaikum Hatta...apa khabar??"

"Saya baik, alhamdulillah Pak Ngah."

"Jom, kita balik ke rumah dulu baru kita borak panjang ya..." sahut Pak Ngah sambil membantu aku menarik beg bagasi aku itu.

"Ok, Pak Ngah, Jom Fahmi..." balas aku kembali.

          Kami bertiga  terus menuju ke tempat letak kereta yang dibawa oleh Pak Ngah. Mereka pun menaiki kereta CRV berwarna silver itu menuju ke rumah Pak Ngah di Shah Alam. Kami perlu mengambil masa yang lama juga untuk sampai ke rumah Pak Ngah itu. Semasa perjalanan, banyak juga yang kami bualkan. Ada juga aku bertanya tentang perkara yang hendak Pak Ngah bincangkan kepadanya, namun Pak Ngah tidak mahu menceritkannya terlebih dahulu. Aku mula syak ada sesuatu yang tak kena sehinggakan ia perlu dirahsiakan dahulu sehingga keadaan sudah tenang baru boleh aku mengetahui ceritanya. "Apa boleh buat, aku perlu menunggu pada saat itu tiba nanti." Bisik hati aku pula.

Dua jam dalam perjalanan, akhirnya kami sampai di hadapan rumah Pak Ngah. Rumah besar yang canti dipenuhi dengan pemandangan hijau. Al maklumlah, Pak Ngah itu sama seperti ayahnya terlalu amat menyukai tanam- tanaman. Ayah mempunyai banyak kebun di kampung, manakala Pak Ngah ada taman di halaman rumahnya. "Seronoknya, lihat pemandangan dekat sini Pak Ngah....sejuk je" kata aku tiba-tiba setelah turun dari kereta Pak Ngah.

"Mestilah abang Hatta... ayah Fahmi suka tanam macam-macam tau!" sambung anak buahnya itu sambil menarik tangan aku ke taman mini itu.

"A'ahh Fahmi memmang cantik!! Abang sukalah... macam suasana kat kampung abang je." balas aku lagi.

"Sudahlah tu kamu berdua, nantilah kamu lepak di luar. Mari masuk.... kita berehat-rehati dulu. Jom Hatta..Fahmi.." jerit Pak Ngah kepada kami berdua. Kami pun melangkah masuk ke rumah Pak Ngah. Aku pun ditunjukkan bilik tetamu lalu berehat.

Apabila malam tiba............sewaktu makan bersama keluarga Pak Ngah.

         Pada malam itu, aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka. Rupanya di sebalik perantauan aku yang begitu lama sebelum ini amat merisaukan ayah dan mak di kampung. Mereka amat menginginkan aku berkeluarga. Apabila Pak Ngah menceritakan segala keinginan ayah dan mak, aku menjadi amat mengerti dan memahami perasaan mereka. Tipu, kalau jauh dari sudut hati kecil aku sendiri tidak mahukan semua itu berlaku di hadapan mata aku. Mereka telah pun mengatur rancangan untuk aku untuk dijodohkan dengan seorang gadis yang baik serta mereka turut mengenali ahli keluarganya juga. Mereka semua sudah sepakat untuk menjodohkan kami. Aku hanya boleh setuju dan akur akan keadaan yang telah terjadi ini. Mungkin ini  semua sudah ketentuan dalam hidup aku dan ada baiknya aku menerimanya dengan redha.

"Pakcik harap kamu boleh menerima apa yang terbuku di hati kami selama ini. Lagipun Pakcik hanya diamanahkan untuk memberitahu kau, Hatta. Sekiranya kau tidak menyukainya kau boleh berterus terang."

"Saya bersetuju Pakcik dengan apa yang sudah Pakcik dan ayah lakukan ini. Lagipun saya memang tiada pilihan lagi. Kalau itu yang terbaik tidak salah saya mengikutnya kan Pakcik" sahut aku dengan tenang.

"Alhmadulillah...jadi Pakcik bolehlah memberitahu hal ini kepada pihak perempuan ya." usik Pakcik dengan aku.

Aku hanya tersenyum kerana malu dan berharap jodoh aku ini adalah jodoh yang kekal dariNya. "Amin..." bisik hati aku.

Masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba......di hari pernikahan aku dengan gadis yang dijodohkan itu.

        Aku yang berbaju melayu berwarna putih lengkap dengan samping dan juga songkok. Berwujudnya aku sebelum melakukan akad nikah ini, aku memohon agar dilancarkan semua keinginan hamba-hambamu di dunia ini. Perpanjangkan juga jodoh di antara kami. Amin" mohon aku.

Pada sebelah malam itu, aku sempat melakukan solat Istigkarah agar aku lebih tenang dan sabar menghadapi semua ini. Turut di pinta segala jawapan dari persoalan dalam hidup aku berjawab pada keesokkan harinya juga.

Sampainya aku di rumah pihak perempuan.........

         Masuknya aku di hadapan pintu rumah gadis itu, aku hanya melangkah sambil tersenyum dengan tetamu yang datang di situ. Aku turut menunggu wali datang di hadapan aku. Aku sangat resah dan gelisah. Hati aku sangat berdebar-debar, jantung berdegup laju dan pantas. Hati ini juga tidak sabar hendak mengetahui siapa yang akan jadi pendamping dalam hidup aku ini.

"Sila panggil pengantin perempuan turun ke bawah, katakan kepadanya pengantin lelaki sudah tiba dan bersedia untuk majlis akad nikah ini." kata wali dihadapannya aku itu iaitu Tuan Kamal bin Mokhtar, ayah kandung pengantin perempuan itu.

Turunnya pengantin perempuan yang berpakaian serba putih seperti aku, namun mukanya ditutup seperti purdah, hanya matanya sahaja aku lihat. Aku hanya memberi senyuman kepadanya. Pengantin perempuan akhinya duduk di hadapan aku. Dia sangat cantik di mata aku.

Saat itu sudah tiba.........majlis pun bermula....

"Alhamdulillah....aku sudah berjaya melafazkannya dan kini aku sudah mempunyai seorang isteri yang sah dan halal." bisik hati aku.

Aku terus bangun setelah bersalaman dengan wali dan juga saksi untuk menghampiri isteri aku secara lebih dekat. Kami bertukar cincin perkahwinan dan bersalaman. Aku meminta izin kepadanya untuk membuka purdah yang dipakainya itu. Apabila di buka, wajah yang terpandang di hadapan aku yang cantik lagi menawan itu adalah gadis di landasan keretapi..........hati aku tidak menyangka yang kami berjodoh.

"Assalamualaikum abang..." suara gadis yang sudah menjadi isteri aku itu memanggil aku abang. Terkejutnya hati aku ini.

"Walaikumsalam isteri ku... tidak sangka kita bertemu dengan cara ini." sahut aku lalu mencium dahi isteri aku itu.

"Ya, abang...Hani sangat bersyukur..." jawab isterinya.

Akhirnya, gadis yang telah ditnggalkan oleh kekasihnya di dalam KTM, kami bertemu dan meluah perasaan hanya sebagai teman biasa pada masa itu, Allah Maha Mendengar telah menemukan kami lalu menjodohkan kami sebagai suami isteri yang sah.

"Wahai isteriku, Nur Hanie binti Kamal......abang sangat menyayangimu. Terima kasih sebab sudi menerima abangmu menjadi suamimu....." surat yang ditulis oleh aku kepada isteriku. Kami sangat bahagia sekarang. Inilah yang dimaksudkan "Di Landasan Cintamu"

-Tamat-

0 comments:

Post a Comment