Pages

Wednesday, 19 November 2014

Di Landasan Cintamu

 Duduknya aku di dalam sebuah keretapi, aku mula menulis meluah apa yang terbuku di hati Aku merasa diri aku amat terasing di dunia luar kerana wajah aku yang tidak tampan mahupun segak ini ingin berkawan, memikat si gadis yang ayu atau bergaul mesra turut tidak dipedulikan. Aku yang serupa 'beast' di setiap pandangan orang lain yang memandang, berat lagi beban yang terasa untuk menanggung setiap derita dalam diri aku.

Bagaimana aku ingin berubah?? Sedangkan tiada sesiapa ingin mendekati diri aku. Aku sangat pasrah.

           Aku melihat di luar tingkap. Pemandangan yang indah, permai maka selalu orang akan kunjungi. Tapi kenapa kita harus memilih hanya yang baik dan sempurna?? kenapa bukan dengan hidup dalam alam nyata??walaupun  kita mengerti yang kita hanyalah pinjaman dan sementara semata-mata.

"Encik, boleh saya duduk?? Maaflah menganggu sebabnya tiada ruang tempat duduk yang kosong lagi selain dari tempat duduk encik ini." sapa dari seorang lelaki yang sudah tua namun masih mampu bangun untuk melanjutkan perjalanan hidupnya dengan hanya menggunakan satu tongkat sahaja.

"Boleh pakcik, apa salahnya. Silakan" jawab aku.

"Anak menulis apa?? Nampak wajah macam sedih?? Mahukah anak berkongsi cerita dengan pakcik??" sahut pakcik lagi tetapi kali ini banyak juga soalan darinya.

"Saya hanya menulis pakcik, meluah apa yang dirasa.... Tiada apa yang perlu dirahsiakan melainkan ada yang mahu serta sudi mendengar cerita dari saya." jawab aku dengan nada yang sedih. Raut wajah aku turut tergambar di setiap kata-kata yang diucapkan itu.

"Ceritalah kepada pakcik...mungkin ada baiknya kita meluah kepada orang yang benar-benar ikhlas untuk mendengarnya, bukan?? Apabila isi hati dapat diluahkan pasti kita peroleh ketenangan." 

"Baiklah."

"Saya sunyi pakcik. Tiada teman mahu pun kawan rapat untuk berborak. Pakcik tengoklah keadaan saya yang buruk ni. Tiada orang yang sudi mendekati saya walaupun seorang perempuan. Saya ingin kehidupan normalseperti orang lain. Berkasih sayang, dihormati dan dicintai. Pekerjaan saya adalah merantau dan menulis. Alhamdulillah hasil pendapatan saya semuanya dari karya-karya saya sendiri. Saya memang bahagia, cukup makan dan pakaian. Cuma hati saya sahaja yang kosong." Cerita aku kepada pakcik tua itu.

"Beginilah wahai anak! Kamu hendaklah berani berubah ke arah yang lebih baik lagi. Maksud pakcik ke jalan Allah." kata pakcik itu.

"Ke jalan Allah??? Maksud pakcik..."

"Bersolatlah kamu...memohon dan berdoa agar diberi ketenangan dan jalan yang luas untuk kamu benar-benar memahami apa yang kamu inginkan di dunia ini. Jangan sesekali melakukannya kerana mahu akan balasan sahaja." 

"Saya selalu bersolat pakcik. Tak pernah tinggal."

"Tapi adakah ia memadai???" tanya pakcik itu kepada aku.

Aku terdiam sejenak memikirkan. Benar kata pakcik, adakah aku bersungguh-sungguh dengan doa ku selama ini??!! Ikhlaskah aku apabila mengerjakannnya???" bisik hati aku.

"Sekarang, pakcik nak anak cuba berubah, jadikan yang buruk menjadi cantik!! Jadikan yang kurang sempurna, disempurnakan dengan segera. In Sya Allah nescaya cahaya akan sampai kepada kita dengan hanya sempurnakan solat dan terus berdoa." jawab pakcik itu sambil memegang bahu aku untuk bersabar dengan dugaan yang diberikan.

"Baiklah pakcik. Terima kasih akan nasihat pakcik itu. In Sya Allah saya akan cuba mendengar setiap apa yang diperkatakan oleh pakcik sebentar tadi." sambut aku kembali dengan memegang tangan pakcik dan bersalaman dengannya.

"Sekejap lagi, tempat perhentian pakcik akan tiba. Pakcik pergi dulu ya nak... Assalamualaikum...bersabarah......!" ayat terakhir yang terkeluar dari mulut pakcik itu.

Seminit aku menoleh kembali ke arahnya, pakcik itu terus hilang. Aku berasa hairan dan pelik. Tetapi ditelinga aku hanya mendengar setiap perkataan yang dikatakan oleh pakcik itu. Hati aku mula rasa tenang dan bersyukur kerana ada juga orang lain yang sudi mendengar kisah aku.

          Kemudian, aku menyambung menulis semula apa yang sudah terjadi sebentar tadi. Aku mencoret semua apa yang berlaku  semasa berada di dalam keretapi ini. Aku berfikir, mungkin benar apa yang berlaku  ini ada hikmahnya. Aku sedar dan mata aku terbuka untuk cuba merubah ke arah yang lebih baik lagi.

Setibanya aku di perhentian Nilai, Negeri Sembilan.

Aku berjalan keluar dari landasan keretapi itu dan bertukar menuju destinasi ke kota besar Kuala Lumpur. Aku perlu mulakannya dari asal semula. Bagaimana kehidupan aku sentiasa diejek, dicerca dan dihina kerana keadaan aku yang hodoh ini. Di landasan itu juga, hati aku tercari-cari tempat untuk bersolat. Aku segera ke arah itu, lalu aku membersihkan diri dengan sempurna seperti yang dikatakan oleh pakcik. Niat adalah yang paling penting sekali lakukannya hanya kerana Allah.

Sampai di tempat bilik air, aku mandi dan mengambil wuduk. Aku mencukurkan janggut yang lama tersimpan disebabkan aku suka merantau. Rupa aku yang tidak terurus itu tiba-tiba menjadi sangat tampan dan kemas. Akhirnya, aku suka akan penampilan aku sekarang lalu segera aku melaksanakan sunnah aku di bilik solat. Aku memohon ampun di setiap dosa yang aku lakukan selama ini, setiap kata-kata aku yang tidak baik atau sebagainya yang terlepas dari bibir aku selama ini. "Alhamdullillah.. Aminnnn."

         Setealah selesai aku rehat sambil mengisi perut aku dengan makanan segera. Rehatnya aku di kerusi bagi menunggu landasan KTM ini untuk menuju ke destinasi seterusnya iaitu ke Kuala Lumpur. Sedikit sebanyak apa yang aku perolehi pada hari ini turut ada memberi menfaat kepada aku serta kebaikan dalam diri aku untuk terus lebih kuat dan bersemangat hidup. Masa depan adalah perkara paling penting untuk semua kehidupan manusia, kita perlu merancang perjalanan dan rentak hidup kita dengan baik dan sebaiknya jagalah setiap perkara mengikut sunnahNya. "Pakcik yang membantu hanya sekadar berkata-kata dan bermadah, aku boleh terlena dengan buaian setiap apa yang diperkatakannya itu, cuba untuk memahami dan menulis serta lakukan." bisik hati aku sambil melihat keadaan sekeliling kota. Manusia yang sibuk dengan hal dunia berbanding dengan akhirat. Ke hulur dann ke hilir hanya berusaha mencari sesuap nasi. "Kesian..." suara hati aku mengeluh.

         Akhirnya masa menunggu ketibaan KTM sudah pun tiba yang berhenti di hadapan aku. Aku terus bangkit dari kerusi lalu segera mengambil beg tangan yang isinya terdapat buku, pen, kertas, laptop, telepon bimbit dan perakam suara. Semua itu adalah bahan terkumpul untuk meyediakan sebuah karya.

"Maaf-maaf, tumpang lalu..." kata aku sambil berlari anak untuk sampai di hadapan pintu KTM itu.

Aku menoleh ke kanan dan ke kiri untuk mencari tempat duduk kosong, malangnya tetap tiada. Perjalanan aku agak jauh dan mengambil masa yang panjang. Tidak mampu rasanya kaki ini terus bertahan untuk berdiri sedangkan otak sedang giat aktif untuk mengolah dan mengarang.

"Aku perlukan tempat duduk dengan segera" bisik hatinya. Dalam aku berjalan dan melangkah sambil melihat tempat duduk yang kosong akhirnya aku terjumpa jua. Tapi dilihatnya seorang gadis yang berpakaian biasa sedang membaca buku novel cinta. Sememangnya kegemaran orang pada zaman sekarang amat berminat untuk membaca novel cinta seperti itu.

"Assalamualaikum, maaf kalau tidak keberatan boleh saya duduk di sebelah awak." tanya aku kepada gadis yang bertudung itu.

"Walaikumsalam silakan...." jawab gadis itu, tetapi dia tidak menunjukkan wajahnya cuma hanya menjawab dan kedengran suaranya dari situ. Ianya amat merdu dan lembut.

"Terima kasih..." kata-kata akhir di antara mereka berdua.

Hatta Ashraf nama aku sebenar...yang sedang cuba mencari jawapan dalam diri aku sendiri. Dengan wujudnya pelbagai persoalan seperti apakah kehendak aku yang sebenarnya?, siapakah yang aku cari sebagai pendamping aku di masa hadapan? Bagaimana aku boleh hidup berkeluarga dengan hanya menulis?... Secara kebetulan aku menemui seorang pakcik di LRT ini, banyak ilmu dan pendapat yang aku perolehi. Tentang hidup, tentang diri aku sendiri yang asalnya aku sangat hodoh dan aku bersyukur kepadaNya Dia telah menjodohkan aku dengan seseorang yang telah membuka minda dan hati kecil aku untuk berubah untuk menjadi sempurna seperti sekarang ini. Maka, terhasilnya, saudara dan saudari di sekeliling aku sudi untuk menatap wajah aku serta bertegur -sapa... "Alhamdulillah". Ada kebaikan di situ apabila kita mahu melangkah sedepa ke hadapan dan tidak melupakan kisah lama tetapi simpan sebagai kenangan sahaja.

Perjalanan aku sekarang adalah mencari cinta sejati. Adakah pada masa ini masih muncul atau hanya rekaan semata-mata seperti cerita dalam novel yang dibaca oleh seorang gadis di sebelah aku ini. Entah??? Aku masih menunggu jawapan itu sehingga sekarang. Jodoh di tangan Tuhan, biarlah dia mendengar dan memerhati segalanya di sini.

"Maaf.... saya nak tumpang lalu sekejap, nak pergi ke tandas." kedengaran suara yang sangat lembut membuatkan aku terhenti untuk menulis seketika. Hati aku berdegup laju dan pantas.

Dilihatnya wajah gadis itu, ditatapnya dengan dalam mata gadis tersebut... "Ya Allah, cantiknya dia...". Dengan aku merenungnya itu membuatkan gadis itu tiba-tiba...

"Maaf ye encik, saya nak lalu..." dia terus bangun dan dengan pantasnya dia hanya melanggar kaki aku di situ. Mungkin dia merasa kurang selesa dengan apa yang aku buat sebentar tadi. "Ya Allah..ampunkan hambamu ini. Aku hanya insan yang lemah sahaja..."

Hatta Ashraf pun berhenti memerhatikan gelagat gadis itu dari jauh. Dia hampir terbabas di buai mimpi akibat   melihat ciptaan Allah yang begitu cantik itu. "Astargfirullahalazim..." Aku membawa diri aku mengucap dan menyapu tangan aku di wajah agar aku menyedari apa yang telah aku lakukan adalah angkara nafsu syaitan.
Kemudian, dia kembali berkarya.

Kita ketahui jodoh itu ada di mana-mana. Kadang-kadang kita tidak mengetahui mengapa ada berlakunya sesuatu kejadian itu. Adakah untuk menguji keimanan sahaja ataupun membuatkan diri kita lebih berani melakukan cabaran yang diberikan olehNYa. Hari ini, aku telah dipertemukan dengan dua insan yang berlainan jantina iaitu lelaki dan perempuan. Cara mereka memberi reaksi kepada aku sungguh berbeza. Yang lelaki memberi semangat kepada aku untuk terus hidup di alam nyata tatkala aku lemah dan kalah. Manakala perempuan, dia menunjukkan reaksi kurang senang dengan perangai yang aku tonjolkan. Dua watak yang berbeza ini membuatkan aku berfikir, lebih baik kita berterus terang apa yang ada di hati kita berbanding hanya untuk mendiamkan diri sahaja.

Adakah petunjuk kepada aku tentang gadis itu, aku harus minta maaf kepadanya??? Ya, aku harus dan patut melakukannya....

Beberapa lama kemudian, gadis itu datang kembali....tetapi dia tidak bertegur sapa dengan aku. Hanya terus melangkah dan lalu sahaja di hadapan aku. Aku turut memberi ruang kepadanya untuk berjalan dan duduk di tempatnya tadi. Aku beri senyuman kepadanya. Namun, mata gadis itu hanya menjeling tajam kepada aku sahaja. Aku benar-benar berasa bersalah.

"Ergg...cik, saya nak minta maaf...tadi... saya tak sengaja......" kata aku tiba-tiba.

"Tak apa........" sahut gadis itu dengan nada yang sangat lemah seperti otang merajuk.

"Ok.. Cik, tidak apa-apa kah? Ada masalah??" sapa aku lagi.

"Maaf saya tak kenal awak. Jadi jangan ganggu saya!" balas gadis itu. Aku pun turut mendiamkan diri juga.

        Dalam perjalanan aku ini, banyak perkara yang aku perhatikan. Gelagat orang tua, muda, kanak-kanak yang suka bermain dan ada yang nyenyak tidur. Perjalanan yang lama ini juga membuatkan aku ingin merehatkan diri lalu aku menamatkan hasil tulisan aku di laptop ini. Aku akhinya tertidur.....

        Kedengaran suatu bunyi bising yang agak dekat dengan aku. Akhirnya aku terjaga, terlihatnya gadis itu tengah memarahi seseorang di panggilan telefonnya. Dia menangis.

"Awak bukan peduli keadaan saya pun. Sudah sebulan awak tak cari saya setelah awak dapat kerja tu.. Sudahlah malas saya nak ambil berat pasal awak. Kita putus....." kata-kata dari gadis itu dituju kepada pendengar di sana membuatkan aku mengerti kenapa dia bermasam muka dengan aku sejak tadi.

Aku tersengih dan mengatakan........

"Rupanya awak ni merajuk..." kata aku sambil ketawa dengan gadis itu.

"Apa??!! Merajuk??? Tolong sikit ye encik.." Sahut gadis itu dengan nada marah sambil mengesat air matanya yang jatuh di wajahnya.

"Awak jangan salah faham, saya hanya bertanya tadi dan ingin tahu masalah awak." sahut aku lagi.

Gadis itu terus mendiamkan diri lalu membuatkan keadaannya sangat kesal dan perasaan benci mula terpancar di wajahnya. Dia akhirnya menangis lagi, tapi kali ini dengan sekuat hatinya. Nasib baik ada baju sejuk untuk menutupi wajahnya yang sedang menangis itu. Kalau tidak, pasti setiap orang di sekelilingnya mendengar tangisan gadis itu. Aku mula merasa kasihan dengannya.

"Awak luahkan sahaja dengan saya. Saya sudi mendengarnya...." kata aku lagi tapi dengan niat untuk memujuk gadis itu supaya lebih tenang.

Gadis itu terus berhenti menangis dan cuba memperbetulkan duduknya dan melihat mula memerhatikan aku. Namun, aku tidak membalas renungan dari gadis itu. Aku hanya menunggu bibirnya untuk berkata-kata.

"Saya sudah lama menunggu dia, tapi sebulan dia tidak hubungi saya setelah dia dapat kerja menjadi polis. Kami bercinta agak lama. Kami tidak pernah berpisah tapi baru sekarang saya rasakan dia sudah jauh dari saya. Saya tidak mampu menahannya lagi awak...." cerita gadis itu kepada aku.

"Ok, saya faham...tapi awak tidak boleh macam ini terus, bawa-bawa bersabar dan berdoa agar dipanjangkan jodoh awak itu. Itu hanyalah ujian dariNya. Awak perlu redha ya..." kata aku lagi.

"Maaf ya encik sebab saya telah membebankan awak dengan cerita saya itu."

"Tidak mengapa..."

"Tapi saya tidak mahu kembali kepadanya. Apabila sekali dia boleh melupakan saya, pasti ada yang kedua kalinya bukan???" bicara gadis itu lagi.

"Saya tak pasti sebab saya tidak pernah mengalaminya lagi sebelum ini."

"Awak tidak pernah bercinta???"

"Tidak pernah..." sahut aku sambil tersipu malu.

Kemudian, gadis itu keatawa kepada aku. "Pasti ada jodoh dariNya nanti. Awak bersabar ya."

Kami pun sama-sama mendiamkan diri. Aku melihat keadaan gadis itu sudah pun tenang. Dia kembali membaca buku novelnya itu.

        Akhirnya, dua jam di dalam landasan KTM itu kami pun sampai di destinasi yang diinginkan. Kami akhirnya terpisah dan masing-masing hanya menyampaikan salam agar dipertemukan lagi selepas ini. "In Sya Allah" sahut kami bersama di dalam hati.

Sampai di hadapan terminal bas, aku mleihat ada seorang perempuan mendekati gadis itu hanya dari jauh. Mereka berpelukkan. Manakala aku, aku perlu kembali ke rumah Pak Ngah, di mana kami ada hal yang penting perlu dibincangkan. Aku tercari saudara aku sekiranya mereka sudah sampai. di terminal bas ini.

         Aku lalu memeriksa beg dan bagasi aku. Aku menarik dan meletakkan di tempat penunggu kereta.

"Abang Hatta.... dah sampai..." jerit Fahmi dari jauh iaitu anak Pak Ngah aku itu.

"Assalamulaikum Hatta...apa khabar??"

"Saya baik, alhamdulillah Pak Ngah."

"Jom, kita balik ke rumah dulu baru kita borak panjang ya..." sahut Pak Ngah sambil membantu aku menarik beg bagasi aku itu.

"Ok, Pak Ngah, Jom Fahmi..." balas aku kembali.

          Kami bertiga  terus menuju ke tempat letak kereta yang dibawa oleh Pak Ngah. Mereka pun menaiki kereta CRV berwarna silver itu menuju ke rumah Pak Ngah di Shah Alam. Kami perlu mengambil masa yang lama juga untuk sampai ke rumah Pak Ngah itu. Semasa perjalanan, banyak juga yang kami bualkan. Ada juga aku bertanya tentang perkara yang hendak Pak Ngah bincangkan kepadanya, namun Pak Ngah tidak mahu menceritkannya terlebih dahulu. Aku mula syak ada sesuatu yang tak kena sehinggakan ia perlu dirahsiakan dahulu sehingga keadaan sudah tenang baru boleh aku mengetahui ceritanya. "Apa boleh buat, aku perlu menunggu pada saat itu tiba nanti." Bisik hati aku pula.

Dua jam dalam perjalanan, akhirnya kami sampai di hadapan rumah Pak Ngah. Rumah besar yang canti dipenuhi dengan pemandangan hijau. Al maklumlah, Pak Ngah itu sama seperti ayahnya terlalu amat menyukai tanam- tanaman. Ayah mempunyai banyak kebun di kampung, manakala Pak Ngah ada taman di halaman rumahnya. "Seronoknya, lihat pemandangan dekat sini Pak Ngah....sejuk je" kata aku tiba-tiba setelah turun dari kereta Pak Ngah.

"Mestilah abang Hatta... ayah Fahmi suka tanam macam-macam tau!" sambung anak buahnya itu sambil menarik tangan aku ke taman mini itu.

"A'ahh Fahmi memmang cantik!! Abang sukalah... macam suasana kat kampung abang je." balas aku lagi.

"Sudahlah tu kamu berdua, nantilah kamu lepak di luar. Mari masuk.... kita berehat-rehati dulu. Jom Hatta..Fahmi.." jerit Pak Ngah kepada kami berdua. Kami pun melangkah masuk ke rumah Pak Ngah. Aku pun ditunjukkan bilik tetamu lalu berehat.

Apabila malam tiba............sewaktu makan bersama keluarga Pak Ngah.

         Pada malam itu, aku dikejutkan dengan berita yang tidak disangka. Rupanya di sebalik perantauan aku yang begitu lama sebelum ini amat merisaukan ayah dan mak di kampung. Mereka amat menginginkan aku berkeluarga. Apabila Pak Ngah menceritakan segala keinginan ayah dan mak, aku menjadi amat mengerti dan memahami perasaan mereka. Tipu, kalau jauh dari sudut hati kecil aku sendiri tidak mahukan semua itu berlaku di hadapan mata aku. Mereka telah pun mengatur rancangan untuk aku untuk dijodohkan dengan seorang gadis yang baik serta mereka turut mengenali ahli keluarganya juga. Mereka semua sudah sepakat untuk menjodohkan kami. Aku hanya boleh setuju dan akur akan keadaan yang telah terjadi ini. Mungkin ini  semua sudah ketentuan dalam hidup aku dan ada baiknya aku menerimanya dengan redha.

"Pakcik harap kamu boleh menerima apa yang terbuku di hati kami selama ini. Lagipun Pakcik hanya diamanahkan untuk memberitahu kau, Hatta. Sekiranya kau tidak menyukainya kau boleh berterus terang."

"Saya bersetuju Pakcik dengan apa yang sudah Pakcik dan ayah lakukan ini. Lagipun saya memang tiada pilihan lagi. Kalau itu yang terbaik tidak salah saya mengikutnya kan Pakcik" sahut aku dengan tenang.

"Alhmadulillah...jadi Pakcik bolehlah memberitahu hal ini kepada pihak perempuan ya." usik Pakcik dengan aku.

Aku hanya tersenyum kerana malu dan berharap jodoh aku ini adalah jodoh yang kekal dariNya. "Amin..." bisik hati aku.

Masa yang ditunggu-tunggu sudah pun tiba......di hari pernikahan aku dengan gadis yang dijodohkan itu.

        Aku yang berbaju melayu berwarna putih lengkap dengan samping dan juga songkok. Berwujudnya aku sebelum melakukan akad nikah ini, aku memohon agar dilancarkan semua keinginan hamba-hambamu di dunia ini. Perpanjangkan juga jodoh di antara kami. Amin" mohon aku.

Pada sebelah malam itu, aku sempat melakukan solat Istigkarah agar aku lebih tenang dan sabar menghadapi semua ini. Turut di pinta segala jawapan dari persoalan dalam hidup aku berjawab pada keesokkan harinya juga.

Sampainya aku di rumah pihak perempuan.........

         Masuknya aku di hadapan pintu rumah gadis itu, aku hanya melangkah sambil tersenyum dengan tetamu yang datang di situ. Aku turut menunggu wali datang di hadapan aku. Aku sangat resah dan gelisah. Hati aku sangat berdebar-debar, jantung berdegup laju dan pantas. Hati ini juga tidak sabar hendak mengetahui siapa yang akan jadi pendamping dalam hidup aku ini.

"Sila panggil pengantin perempuan turun ke bawah, katakan kepadanya pengantin lelaki sudah tiba dan bersedia untuk majlis akad nikah ini." kata wali dihadapannya aku itu iaitu Tuan Kamal bin Mokhtar, ayah kandung pengantin perempuan itu.

Turunnya pengantin perempuan yang berpakaian serba putih seperti aku, namun mukanya ditutup seperti purdah, hanya matanya sahaja aku lihat. Aku hanya memberi senyuman kepadanya. Pengantin perempuan akhinya duduk di hadapan aku. Dia sangat cantik di mata aku.

Saat itu sudah tiba.........majlis pun bermula....

"Alhamdulillah....aku sudah berjaya melafazkannya dan kini aku sudah mempunyai seorang isteri yang sah dan halal." bisik hati aku.

Aku terus bangun setelah bersalaman dengan wali dan juga saksi untuk menghampiri isteri aku secara lebih dekat. Kami bertukar cincin perkahwinan dan bersalaman. Aku meminta izin kepadanya untuk membuka purdah yang dipakainya itu. Apabila di buka, wajah yang terpandang di hadapan aku yang cantik lagi menawan itu adalah gadis di landasan keretapi..........hati aku tidak menyangka yang kami berjodoh.

"Assalamualaikum abang..." suara gadis yang sudah menjadi isteri aku itu memanggil aku abang. Terkejutnya hati aku ini.

"Walaikumsalam isteri ku... tidak sangka kita bertemu dengan cara ini." sahut aku lalu mencium dahi isteri aku itu.

"Ya, abang...Hani sangat bersyukur..." jawab isterinya.

Akhirnya, gadis yang telah ditnggalkan oleh kekasihnya di dalam KTM, kami bertemu dan meluah perasaan hanya sebagai teman biasa pada masa itu, Allah Maha Mendengar telah menemukan kami lalu menjodohkan kami sebagai suami isteri yang sah.

"Wahai isteriku, Nur Hanie binti Kamal......abang sangat menyayangimu. Terima kasih sebab sudi menerima abangmu menjadi suamimu....." surat yang ditulis oleh aku kepada isteriku. Kami sangat bahagia sekarang. Inilah yang dimaksudkan "Di Landasan Cintamu"

-Tamat-

Cinta Si Go-Kart


 Saban hari aku menunggu untuk hadirnya sebuah cinta dalam hidup aku ini. Apa yang aku fahami tertnag perasaannya cinta, ia adalah suatu perkataan yang sungguh unik dan simbolik. Kadang-kadang ia membawa kegembiraan pada diri seseorang. Tetapi kadang-kadangnya ia turut memberi penderitaan yang sangat perit dan pedih hinggakan cinta itu tidak dapat diganti begitu sahaja seperti bibir yang mengungkapkan "Aku ada pengganti". Namun sebenarnya cinta adalah sukar dicari. Ia datang sendiri adalah lebih baik jika perasaan itu diberikan kepada kita dari Allah s.w.t.

            Cinta yang suci memang sukar hendak ditafsirkan mahupun diluahkan begitu sahaja. Cinta yang suci  itu ada kalanya boleh ditonjolkan dengan perbuatan, perlakuan kita terhadap seseorang yang kita sayang dan cinta. Bukan mudah diperkatakan seperti aku sedang lakukan sekarang. Aku cuba coretkan rasa hati aku pada tulisan di blog aku. Disebaliknya, aku cuba mengenal diri aku sendiri dengan menulis apa sahaja yang terbuku di hati. Itulah dinamakan 'cinta'..... Tiada paksaan, dinodai dan dikhianati sekalipun. Tetapi, pada zaman sekarang cinta pun boleh dibeli, dicaci, dihina di khalayak ramai. Mengapa kita harus bertindak seperti itu???? Allah tidak mengajar kita untuk menjadi pembenci malah kita perlu sentiasa menjadi pencinta kepada apa sahaja di dunia ini termasuklah Allah s.w.t.

            Kimi Astiana cuba meluahkan perasaannya di dalam blog. Hari- hari kehidupannya hanyalah menulis, menaip, mendengar mp3 dengan lagu-lagu kesukaannya dan juga membaca novel dari hasil-hasil tulisan penulis yang lain. Dari perkara-perkara itu, ramai rakan-rakannya mengatakan aku ini sangat membosankan kerana kehidupan aku hanya duduk lama di hadapan laptor sambil menerokai bidang teknologi yang ada di dalamnya. Aku sungguh unik keran boleh merapu apa sahaja yang aku suka. Itulah Astiana nama panggilannya, gemar berkurung di dalam bilik dan selalu membuatkan kakaknya, Mia Astella bengang dengan perangai adiknya itu yang tidak pernah berubah sehingga masuk ke universiti. Dunianya hanyalah di dalam biliknya sahaja.

"Astiana!!!!!! Jom teman akak pergi shopping....." jerit kakaknya yang sangat risau adiknya yang suka sangat mengurungkan diri tanpa membuat sebarang aktiviti yang lain.

"Ala...malaslah akak.... Akak pergi sorang-soranglah... Bukan best pun shopping... Tengok-tengok, jalan-jalan...lepas itu blahh je.....bosanlah. Kaki As pun penat." Jawab Astiana yang panjang lebar.

"Pandai adik menjawab ye.... yang adik tu, asyik terperap dalam bilik... Tak bosan?? Tak rimas???? Temngok dindng, katil, buku, mp3....tu je lah adik tahu..." kata kakaknya lagi.

'Hari ini adik mesti teman akak jugak, lepas itu akak nak cari baju sikit untuk adik. Ni hari-hari guna jeans je pergi kuliah. sekali-sekala gunalah baju kurung tu...biarlah sopan sedikit." Sambung kakaknya lagi.

"Ok..ok....adik pergi kemas...membebel je......sakit lubang telinga adik ni tau...." balas Astiana pula.

Astiana naik ke tangga semula dan mengambil beg silangnya yang berjenama bodyglove berwarna biru dan kasutnya berjenamanya nike.

"Adik dah ready ni...."

"Emmm...macam itu juga fesyen adik..tak nak berubah lansung... Simple memanjang dah lah rupa tomboy tu.... Aduhh...sakit kepala akak fikir hal adik ni..." suara kakaknya membebel lagi sambil memasang kasut highhill berwarna peach dan baju kasual berwarna hitam dan tudungnya halfshawl berwarna peach berbunga. Mia Astella sememangnya pandai bergaya. Kalau tidak, masakan dia ada butik sendiri kerana dia merupakan seorang pereka fesyen baju kurung dan sebagainya.

Adik hanya mencebikkan mulut dari arah belakang. Sebenarnya Kimi Astiana ingin mempelajari dunia fesyen ini, namun hatinya belum terbuka lagi. Kadang-kadang dia suka juga tengok gaya kakaknya Mia yang bijak memilih warna yang cantik untuk dipadankan dan ke mana tempat yang hendak dituju dengan sesuai sekali. Itu sebabnya Abang Rafizi tertarik dengan kakaknya Mia itu. Alhamdulillah, sudah dua tahun bercinta dan setahun baru bertunang. Tinggal proses hendak bernikah lagi. Mungkin masa itu akan tiba kelak. Bisik hati As lagi.

       Kini sambung cerita pasal aku pulak. Aku seorang perempuan kasar dan lasak. Selain suka mengurung diri di dalam bilik dengan menulis blog, aku juga berminat dengan permainan lasak iaitu 'go kart'. Memang best, sekiranya aku dapat lepaskan geram aku dekat atas 'track'. Kakak aku Mia tahu permainan kesukaan aku ini. Dia sanggup menemani aku pada setiap hujung minggu. Yang paling seronoknya, Abang Rafizi sudi berlawan dengan aku di samping itu, kakak yang setia menjadi penunggu kami hanya menyokong dari belakang samnil-sambil mengambil gambar kami juga. Itulah aku sangat sayang dengan kakak dan abang. Mereka tidak pernah sekali mengherdik tentanhgkelakuan kasar pada diri aku. Aku tahu mereka inginkan aku menjadi perempuan yang lemah lembut. Tapi pada aku, belum masanya lagi.

Tiba-tiba kakak aku menyaksikan aku di tempat duduk sebelah yang sedang memandu untuk membawa aku jalan-jalan di mall lalu dia menyapa aku.

"Adik, sudahlah menulis tu...dalam kereta akak pun nak menulis juga ke???!!!" tegur kakak Mia padaku.

"Biasalah kak, mana boleh pisah ni.... ada idea kenalah tulis walau di mana kita berada...emmm..." jawab aku tetapi jari jemarin aku turut masih terus menaip.

"Tak sampai lagi ke kak???!!! Jauh sangat nak pergi ni. Buang masa je nanti. Ingat, hari ini Sabtu... Adik ada...."

"Ye...ada perlawanan personal go kart kan....Ishh tak habis-habis dengan go kart dia.... Masa ini teman akak dulu, lepas tu baru akak teman adik pula...boleh???? But, remember not story your life now ok baby...." celah kakaknya terus sebelum As menghabiskan ayatnya tadi.

Seminit kemudian, ciuman pula terasa di pipi kakaknya itu......

"Thanks akak. Sayang akak...." kata adiknya dan terus mencium pipi kakaknya yang lembut itu dan memeluknya. Sedangkan kakaknya masih memandu.

"Hehehe.....sama-sama dik.... I love you tooo!!!!" sambung kakaknya lagi.


******************************

Setelah sampai di tempat membeli belah.

"Mana Abang Rafi kau ni As???!!! Lambatlah... Akak tak suka orang lambat tau...." sapa kakaknya kepada As.

"Tunggulah kejap kak...mungkin dalam perjalanan lagi...kita jalan-jalan dulu lah... bosan berdiri lama ni..." sahut As lagi.

"Akak, As nak pergi sana dulu...Tengok baju sport....boleh???" tanya As kepada kakaknya.

"Ok...jangan pergi jauh sangat. Akak ke butik ni je...Apa-apa call akak tau dikk...." balas Mia kepada adiknya itu.

"Ok kak...don't worry..." balasnya kembali.

Dalam aku melihat baju sukan sememangnya kegemaran aku, lagi-lagi ada lambang Machester United.... "Merahhh......". Aku tertarik dengan satu baju yang tergantung di kedai itu. "Gila sangat aku dengan baju tu....then, aku pengang ia dengan penuh perasaan... Woww...bagusnya kain ni..." bisik hati aku. Dengan gerakkan yang pantas tetiba baju itu di ambil oleh pekerja di situ. Aku hanya tercenggang dan terpaku melihat tingkah laku pekerja itu sedang mengambil baju itu di hadapan aku. Aku pun menegurnya dan berkata.

"Ehh...saya nak baju itu juga....ada stok baru tak???" kata aku dengan laju...

Pekerja itu menoleh ke arah aku dan berkata, "Maaf ya hanya tinggal satu ini sahaja... Tiada stok yang lain." katanya.

"Apa????!!!! Tapi aku nak baju tu juga...." bisik hati aku.

"Biarlah saya yang beli...." kata aku lagi.

"Maaf sekali lagi cik...baju ni sudah hendak dibeli oleh lelaki itu. Yang sedang berdiri di hadapan kaunter itu." Jawabnya lagi.

Kimi Astiana mula merasa marah dan disebalik itu perasaan kecewa membelenggu dirinya. Dia berhasrat ingin memiliki baju itu. Adakah dia boleh memujuk lelaki itu???" perasaannya mula berkata-kata.

Aku pun mula melangkah dan mendekati lagi itu di kaunter dan menyapanya.

"Awak...maafkan saya... boleh tak saya nak beli baju itu dari awak??? Saya nak sangat baju itu... Boleh ye encik...." katanya tanpa rasa malu di hadapan lelaki yang tidak dikenalinya itu.

"Apa??? Saya salah dengar ke??? Atau awak yang tak faham situasi sekarang ini. Kan saya sudah beli dulu...jadi baju ini milik saya lah...." balas lelaki itu dengan tegas.

"Tapi...awakkk.... saya..."

"Awak dah lambat buat keputusan, jadi kena terima lah ye... Terima kasih...bye.." balasnya lagi dan lalu pergi dari situ selepas membayar harga baju itu.

         Kimi Astiana akhirnya pasrah dan redha dia tidak dapat memiliki baju itu. Sebab dia sudah terlambat. "Betul kata lelaki itu tadi. Aku kenalah faham." katanya lagi. Dia berharap akan berjumpa baju itu di tempat lain lagi kerana dia amat menyukai baju sukan itu.

Beberapa lama kemudian, duduknya aku di sebuah kerusi rehat di dalam tempat membeli belah itu aku terserempak dengan Abang Rafizi yang kelam-kabut seperti mencari seseorang lalu aku memanggilnya dari jauh.

"Abang Raf.....kat sini...." panggil As dengan tunang kakaknya itu dari jarak jauh sambil melambai-lambaikan tangannya.

Abang Rafizi pun membalasnya dan melangkah ke arahnya pula.

"Penat Abang cari korang dua tadi. Sini rupanya... Hahh...nie kenapa muka macam cuka pula. Monyokkk je... Ada apa ni??? Cuba cerita." kata Rafizi kepada As dan bertanya keadaannya yang menunujukkan muka yang tidak ceria itu.

"Tadi.. As jumpa baju yang As suka lah abang. Lepas tu kan...As tak dapat baju tu sebab orang lain dah belikan dulu... As kecewa lah... Frust giler ni..." cerita As kepada Abang Rafizi.

"Baju apa tu???"

"Baju sukan abang....MU lagi...frustlah...dah mamat tu tak beri pulak dengan As bila As nak beli baju itu dari dia...bengang lah As lagi." katanya.

"Hehehe....." Nada Abang Rafizi ketawa dengan permintaan As yang tidak munasabah itu.

"Ketawa pula dia ni..."

"Yelah...dah awak pergi minta beli dengan dia buat pa... Dah sah-sah dia takkan bagi lah... Dia sendiri minat juga dengan baju tu kan...Apalah As ni." terang Abang Rafizi lagi.

Kimi Astiana hanya menarik muka dihadapan Abang Raifizi di situ lalu dia bangun dan meninggalkan abangnya itu duduk ketawa dengan perangainya.

"Nak ke mana tu..."

"Nak balik lah...Nak ajak akak balik..."

"Ala..itu pun nak merajuk lah...tak rock lah As.... Nanti nak lawan go-kart macam mana???!!!"

"Go-kart tu lain...lawan tetap lawan abang... Tak boleh tak jadi tau..." tunjuk jari As dekat Abang Rafizi.

"Okey...jom cari akak.... pasti dia kat butik lagi kan... Tengah survey lagi lah tu..." kata Abang Rafizi sambil mengajak Astiana mencari kakaknya ke butik semula.

        Kimi Astiana hanya menganggukkan kepala dan meluru ikut jejak langkah Abang Rafizi di hadapannya. Itulah menyebabkan kakaknya Mia sayang dengan Abang Rafizi itu sebabnya dia boleh sekepala dengan adiknya, As. Jadi dia tidak akan mudah merasa risau apabila dia sanggup menyuruh tunangnya untuk menemani adiknya itu ke mana sahaja ketika dia tengah sibuk.

"Haaa....dah sampai pun kekasih hati dan adik manja yang tak berapa nak manja pun tu..... Sini, akak ada jumpa baju kurung khas untuk adik akak yang seorang je ni... Nah... Lawa tak???" sahut Mia yang sedang melihat mereka berdua yang sudah hampir di depan pintu butik itu lalu memanggil Astiana untuk mencuba baju pilihannya.

"Apa ni kak???!!! Kan adik cakap...tak suka...."

"Tak suka pa???!!!!! Baju kurung??? Awak tu gadislah...kenalah sekali-sekala guna baju kurung juga bila pergi kuliah tu... Ini tak asyik dengan T-shirt dan seluar jeans memanjang. Mata akak Mia ni dah bosan tau...sakit hati lagi lah... Nak pakai pakaian macam tu kenalah bertempat juga. Betul tak, darling???" terang kakak As dengan panjang lebar hingga memujuknya untuk menerima pilihan baju kakaknya itu sambil mengenyit-ngejitkan mata dengan Abang Rafizi untuk turut memujuknya juga.

"Ye...cantik baju tu As...sesuai dengan awak...hehehehe...." sahut Abang Rafi dengan nada yang menyindir.
Mata Astiana pula menjadi besar dan menunjukkan ekspresi marah kepada mereka berdua yang tidak faham dengan jiwanya itu.

"Takpe, akak beli sekarang... Tapi, tidak semestinya adik perlu pakai sekarang kan.... Nanti-nanti pun boleh..." pujuk kakaknya lagi dan berharap kali ini As setuju dengan pandangannya.

"Ok sis, I will wearing just for you in the only someday....." jawab aku akhirnya.

"Yes!!!! Good darling...Muaahhh.... Itu barulah adik kesayangan akak..." balas kakak Mia lagi.

"Buuueekkkkkkk!!!!!!" rasa nak termuntah tengok gelagat kakaknya itu. Tapi dia tetap sayang dengan kakaknya kerana sanggup tahan melayan kerenah aku yang seperti jantan ini. Agak susah aku nak berubah menjadi perempuan sebab dari kecil aku selalu dengan ayah dan suka melakukan kerja-kerja lelaki. Aku sebenarnya pantang masuk dapur. Itulah sebabnya sampai sekarang aku tidak reti apa-apa pun pasal bab masak memasak ni mahupun masak nasi. Hati aku mula tersenyum sendiri.

"Sudah ke??? Lama sangat dah ni... Nanti kita tak sempat makan sebelum 'berperang' pulak....." sahut Abang Rafi yang menyindir teman wanitanya yang masih memilih baju dan kain di butik itu.

"Ala...tunggulah kejap... orang tengah bayarlah ni kan.." jawab Mia dengan tunangnya itu.

"Jom As, kita tunggu luar...mana tau kot-kot ada makanan yang sedap...boleh juga kita makan kan... Kita kan ada game nanti, mana sempat nak isi perut lagi." pinta Abang Rafizi.

"Okey...akak, As ikut abang jap ok..." jawab aku lagi.

         Kalau bab makan akulah yang paling suka. Antara makanan kegemaran aku adalah pizza...

"Abang, sana ada pizza...jom order...boleh bawa kat track nanti."

"Cadangan yang bagus...Ok jom." sahut Abang Rafizi lagi.

         Setelah itu, pizza yang diinginkannya sudah berada ditangan Kimi Astiana. Masa untuk keluar dari tempat 'puaka' kakaknya itu akhirnya turut selesai. Kemudian, mereka meneruskan perjalanan mereka ke destinasi aku pula iaitu 'my world go-kart'.

Di dalam kereta pula.....

"Adik, tolong simpan untuk akak sikit pizza itu...boleh??? Nanti korang berdua main atas track tu tak ingat akak pula... akak syok sendiri ambil gambar korang je... Tinggal sorang-sorang kat tepi padang dengan perut lapar lagi nanti." pinta Mia dengan adiknya.

"Ok..boleh.....hahahaha..." sahut As dengan senyum lebar.

"Oh ye..akak join lah kali ini dengan adik ye...tadi adik dah ikut kata akak untuk beli baju kurung. Lepas ini, giliran akak ikut adik pulak...hehehehe..." kata As tetiba menggunakan taktik baru untuk mengenakan kakaknya itu.

"Hah!!! Takkanlah macam tu.... akak pakai baju labuh ni....susahlah.... Lagipun, akak tak pandai dan tak pernah bawa go-kart tu.....no...no..no.... it's all nonsense!!!!" sahut kakaknya lagi.

"Takpe, adik ada bawa seluar tadi....hehehe..... Biasanya adik akan bawa pakaian lebih.. Mana tahu hari hujan tengah-tengah main. Boleh juga tukar baju yang sudah basah dan berpeluh tu...." Jawab adik dengan kakaknya sambil tersengih-sengih di tempat duduk sebelah.

"Pandai adik ye mengenakan akak....." sahut kakaknya sambil memicit telinga adiknya itu.

"Aaaooouuuuu..sakitlah akak..."

"Padan muka.... Love you dik..." kata kakak lagi dan kali ini dia memegang pipi aku dengan tangannya yang lembut itu. Aku mula rasa terharu.

 
**************************

Saat yang ditunggu-tunggu oleh Kimi Astiana sudah tiba...... sampai di 'gelanggang' go-kartnya itu.

"Adik nak pasang baju ni kejap...adik terus pergi track tau... Akak duduk dulu...bila adik dah puas nanti, adik panggil akak join pula... Jangan nak lari ye...." beritahu aku kepada kakaknya itu.

"Ok, I will...."

Lima minit kemudian, tunangnya pula sampai di situ.

"Mana As???"

"Biasalah sudah ada kay depan tu... dia manalah nak sabar kan bila sampai tempat dia ni..." jawab tunangnya.

"Ohh...Awak tak main.. jom saya boleh ajarkan..."

"Mula-mula rasa tak nak... Tapi, tengok macam best je... tadi pun adik ajak main. Mia takut je... sebab nie bukan jalanraya... tak pasal-pasal tak bergerak go-kart tu nanti." balas Mia dengan menjelaskan permintaan mereka berdua itu adalah perkara yang mustahil baginya untuk lakukan.

"Takpa, sayang...kita belajar dan cuba dulu ye..." sahut tunangnya dengan lembut untuk memujuk Mia bermain bersama dengannya. Lagi pula, Mia tidak pernah mencuba untuk masuk ke dunia mereka berdua itu sejak dia kenal dengan Rafizi lagi. Kisah percintaan mereka juga bermula dari situ kerana dari dulu lagi Mia memang suka mengikut dan menemani adiknya itu sehinggakan berputik cinta di antara Mia dan Rafizi sehingga sekarang.

        Mia dan Rafizi akhirnya ke track jua...Diperhatikan Astiana dari jauh, dia berasa kenakan dia mengena pada hari ini. Kakaknya mula akur dengan dunia aku dan Abang Rafizi. Hari ini dia berjaya memujuk kakaknya dengan bantuan Abang Rafizi itu juga. Alhamdulillah.

Masa untuk Kimi Astiana bergerak sudah bermula. Dia memasangkan jaket dan helmetnya. Kemudian, dia mempunyai cermin mata khas untuk dia menggunakannnya semasa bermain go-kart itu sahaja. Sememangnya rupa jantan, tapi muka Astiana yang comel itu membuatkan ramai yang menyukai dirinya. Malangnya, dia tidak layan semua itu. Selepas itu, dia duduk di dalam kereta untuk memandu ke track.

Perjalanannya pun bermula....... satu dan pusingan telah berjaya dia habiskan... Kini, masuk giliran yang pusing kedua pula....

"Amboi, pantasnya adik aku tu memandu..." kata Mia.

"Biasalah dia sudah professional tau.. tengoklah siapa guru dia... hehehehe..." balas tunangnya sambil angkat bakul sendiri di hadapabn Mia yang masih belajar untuk mengawal pemanduannya itu.

"Saya ingat nak masukkan nama As dekat pertandingan go-kart ini nanti... Awak setuju tak??? Itu juga salah satu dorongan awak untuk kerjayanya nanti." kata Rafizi.

"Maksud awak..??? Kerjayanya sebagai pemain go-kart???? Oh tidak...."

"Awak jangan pandang rendah dengan kebolehan adik awak tu, sayang... Dia sememangnya hebat. Itu pun kalau awak izinkan. Saya akan sentiasa jaga kamu berdua sehingga kita sudah kahwin nanti." balas Rafizi lagi.

"Tapi...saya tak nak itu jadikan ia sebagai kerjayanya... Lagi pula dia juga ada bakat yang lain. Mungkin dia ada cita-cita yang lain. Kita pun tidak pastikan." terang Mia lagi.

"Dia hanya ada satu cita-cita sahaja, sayang. Dia suka dengan dunia go-kart ni dan di samping itu dia gemar menulis. Mungkin dia ingin menjadi penulis." kata Rafizi untuk berterus terang tentang rahsia Kimi Astiana selama ini dan hanya Rafizi yang mengetahuinya.

"Bagaimana awak begitu pasti???"

"Sebab dia sudah meluahkannya kepada saya semenjak kita bertunang dan dia mempercayai saya yang saya boleh menjaga awak dengan memberi kasih sayang sepenuhnya tanpa awak ketahui. Dia sangat sayang awak, Mia. Dia pesan dengan saya agar saya tidak akan menyakitkan hati awak. Itu sebab dia tidak berani hendak berterus terang dengan minatnya itu. Dia masih menghormati awak seadanya." jelas tunangnya kepada Mia dan akhirnya terbongkar rahsia As selama ini.

"Adikkk...."

"Jadi, itu sahaja yang boleh saya lakukan demi masa depannya. Sekiranya ada rezeki kerja yang lain awak pun boleh memujuknya juga. Kita jangan sesekali halang minatnya sebabnya dia hanya awak. Dan awak hanya ada dia dan juga saya dalam hidip ini." kata Rafi lagi.

Tanpa Mia sedari air matanya menitis jatuh ke pipi. Dia tidak menyangka begitu dekat keakraban tunangnya dengan adiknya, Astiana itu. Mia sendiri pun tidak tahu apa yang adiknya inginkan selama ini.

"Thanks, sayang... awak betul-betul memahami kami berdua..." kata-kata yang terkeluar di mulut Mia kepada tunangnya dan tunangnya hanya memegang tangannya dengan erat sekali.

"Sama-sama, sayang." Balas Rafizi lagi.

Kembali kepada Kimi Astiana............ dalam pemanduannya, tetiba ada yang cuba menghalang perjalanannya di hadapan dan memandunya dengan lambat sekali... Setelah itu, dia mula memecut semula dna meninggalkan aku dari jarak jauh ke belakang.

"Ishh...siapa dia nie??? Ganggu aku je... Owhh...nak lawan ye.. Siaplah kau!!!!!" bisik hati Astiana.

       Astiana terus memecutnya dari belakang dengan pantas. Lelaki itu pula perasaan dengan tingkah lakunya lalu dia juga memecut laju untuk tidak mengaku kalah dengan dia. Mereka berlumba sesama sendiri lalu tanpa berlengah lagi Astiana menggunakan teknik yang bijak untuk melawan lelaki itu dan akhinya dia berjaya melimpasi pemanduan lelaki itu dan bergaya dengan berkata "yes!!!!! yahooo...".

Setelah berjaya membuat pusingan yang terakhir, As terus memandu memasuki ke perhentian go-kart itu. Dia mematikan enjin keretanya. Tetiba dia terlihat lelaki itu turut berhenti di sebelahnya. Tanpa dia, membuka helmetnya As terus memaki dan memarahnya.

"Hei!!! kau buat apa tadi??? nak lawan pun biarlah dengan cara baik dan santun." aku pula bersuara.

"Maaflah, tapi dekat track mana ada kira minta izin nak lawan ke apa...just proceed je apa yang awak nak lakukan dekat atas track itu kan." balasnya kembali.

"Tau....tapi agak-agaklah... Nasib baik aku menang...." sahutan yang meninggi diri daripada As di hadapan lelaki itu.

"Hello cik kak....itu nasib baik jelah...Jangan nak perasaan bagus sangat!!!!" sahut lelaki itu dengan melawan gadis yang begitu angkuh itu.

"Awak...erggg..."

Ketika lelaki itu membuka helmetnya.... dan Astiana merasakan seperti kenal akan diri lelaki itu. Tapi dia kurang ingat di mana.

"Hai bro......" suara yang agak jauh lagi dikenali menegur lelaki itu.

"Hahhh.. Abang Rafizi..." bisik hatinya. "Dia kenal ker lelaki action ni...????" sekali lagi dia hatinya berkata.

"Ya Allah, lama tak jumpa abang...." Mereka berpelukkan dengan gaya antara lelaki dan lelaki.

Manakala kakaknya Mia datang dari arah belakang, lalu menegur adiknya.

"Pandai adik main...seronok akak tengok tadi...boleh tahan bijak...."

"Tengoklah siapa guru dia...hehehe..."

"Ishh...sibuklah awak ni..."

"Oh ye.... bagaimana keadaan kau, Hafis??? Sihat???" tanya Rafizi dengan Hafis.

"Saya sihat abang... Emm..siapa nie???"

"Dah mulalah tu....nak mengatal...." sahut Astiana....

"Ohh.. perkenalkan yang ni...tunang aku, Mia Astella dan yang ni....emmm..... Bakal adik ipar aku... Asss....."

"Eh, abang tak payah nak introduce sangat tau... adik tak suka..." celah Astiana lagi. Lalu dia beredar dari situ.

"Sorry, adik akak tu badmood lah... minta diri dulu lah..." kata Mia kepada tunangnya.

"Sorry bro...dia tu memang 'keras' sikit..."

"Takpa....biasalah... tak kenal lagi kan..." balas Hafis.

       Hafis seorang pemain go-kart yang terhandal di Asia. Dia sudah lama berada di arena antarabangsa dan kini kembali baru balik ke tanah airnya untuk sesi berehat kerana sudah lama bermastautin di negara orang.

"Ini balik terus ke??? Atau sekejap je..." tanya Rafizi lagi.

"Ni Hafis bercuti abang... bolehlah kenal-kenal dengan kawan baru dekat Malaysia pula...hehehehe... Susah tau nak dapat cuti ni..." balas Hafis.

"Ok...kalau macam tu, kita makan malam nanti, biasa abang akan ajak dia orang tu... harap Hafis tak kisah ye..." pelawa Rafizi untuk memperkenalkan Hafizi dengan orang yang di sayangnya di Malaysia ini. Hafis merupakan sepupunya juga. Sudah lama terpisah disebabkan kerjaya Hafis yang lebih cemerlang darinya dulu. Maka, dia dapat ditawarkan untuk bertanding ke peringkat atarabangsa. Nasib Hafis lebih baik darinya. Tapi itu semua dulu. Kini, dia bahagia dengan hasil titik peluhnya sendiri yang boleh membuka perniagaannya dengan baik dan juga guru di tempat Kimi Astiana bermain go-kart ini.

"Ok abang..boleh"

"Set pukul 8.00 malam ye.. Di Seafood and Grill Restaurant...."

Akhirnya, mereka terpisah di situ.....

"Adik, kenapa buat orang yang tak kenal macam tu??? Tak baik kan..." tanya Mia kepada adiknya.

"Ala...mamat tu yang sibuk...adik baik-baik je main tadi, dia boleh ajak lawan macam tu je... Apalah..."

"Kan adik kata game je kan....takkan ambil hati terus kot..."

"Emm... malaslah... Akak balik nanti, adik nak beli majalah boleh??? Singgah kedai kejap ok..." pinta As lagi.

"Boleh....".

******************************

"Apa???!!! Hafis Kamaruddin......seorang pemain terbaik go-kart di peringkat antarabangsa." teriak Astiana di dalam hati.

"Alamak.....aku dah berkasar dengan dia. Tak layak betul aku ni nak fanatik dengan go-kart ni. Hero Malaya pun aku tak kenal....Bodohhhhnya aku ni." katanya lagi.

        Kimi Astiana mula berasa bersalah dengan lelaki itu. "Bagaimana aku nak minta maaf dengannya???". Beberapa saat kemudian, aku teringat dengan seseorang. "Ya, Abang Rafizi...."

Aku terus menghantar sms....malangnya...jari jemari aku terhenti kerana aku tidak berani memberitahu Abang Rafizi tentang mengapa kami berdua bergaduh di track tadi.

Pintu bilik aku diketuk dan dibuka.

"Malam ni, Abang Rafi nak ajak kita makan seafood. kemas awal tau...." kata kakak Mia padaku.

"Ok kak... " sahut aku, tetapi kepala aku sedang memikirkan hal sebentar tadi yang belum selesai.

Kemudian, dalam satu jam selepas itu, Abang Rafizi datang untuk mengambil kami di rumah dna membawa kami ke tempat restoran itu.

Aku dengan berpakaian biasa berseluar jeans dan T-shirt sahaja sebabnya hanya untuk menikmati hidangan yang lazat. Barangan aku biasanya banyak berjenama sahaja. Manakala kakak Mia memakai pakaian yang menutup aurat dan sememangnya dia hari-hari cantik dan menawan. Beg tangan yang dipimpinnya di atas lengan tangannya membuatkan dia nampak anggun dan seksi dimata Rafizi.

"Cantik awak malam ni..." sapa Rafizi.

"Terima kasih..."


**************************

Sampai di hadapan restoran. Hati Astiana mula berasa berdebar-debar. Hairan dengan dirinya. Apakah yang akan berlaku selepas ini???

"Meja kita sudah ditempah seseorang ya..." usik Astiana dengan abangnya itu.

"Mana adik As tau???" sahut kakaknua pula.

"Biasa, abangkan suka buat surprise....."

"Hehehe...salah tu As...kali ini orang lain yang surprisekan kita..."

"Yeker??? Siapa???"

"Tengok tu....."

"Ahh...pandai abang ni nak kelentong As..." kata Astiana lagi.

Kemudian, "Baju tu....abang....lelaki itu pakai..." katanya.

Tolehan Kimi Astiana itu membuatkan jantungnya berdegup laju. Dia terkejut dengan orang yang sedang berdiri di hadapannya itu..... "Hafis..Hafis...." kata Astiana yang tergagap-gagap. Dia geram kerana lelaki yang beli baju sport yang sama itu adalah HAFIS!!!!!! Oh tidakkk......

Lalu Hafis menghulurkan tangannya dengan bersalaman dengan abang dan kemudian beralih ke arah aku pula.

"Maaf, kita bukan muhrim..." sahut Astiana. Hatinya masih geram melihat dia memakai baju itu dan kakaknya tetiba hairan dengan kelakuan adiknya itu yang suaranya menjadi lembut dan tidak berkasar dengan lelaki itu.

Hafis hanya menarik muka.

"Perkenalkan, ini adik sepupu saya yang baru balik dari tanah air. Dia ni pemain go-kart terhandal." cerita Rafizi kepada tunangnya dan Astiana.

"Emm.. Tau... apa lagi..boleh duduk tak??? Lenguh berdiri ni..." sindir Astiana dengan abangnya itu yang sudah lambat memperkenalkan dirinya kepada orang yang ternama seperti Hafis itu.

        Setelah itu, mereka pun dihidangkan dengan makanan yang istimewa dan sedap-sedap belaka. Kimi Astiana yang memang gemar makanan seafood tidak berhenti-henti menambah makanan dipinggannya. Hafis hanya tersenyum melihat telatah Astiana pada masa itu, sedangkan kakak dan abangnya sibuk berbual-bual sesama sendiri. Astiana pun terkejut melihat Hafis yang masih tidak berkedip matanya memandang aku di hadapannya. Aku pun menunjukkan gaya dengan hendak mecucuk garpu di matanya itu. Hafis hanya tersenyum sekali lagi lalu menyambung hidangannya.

"Ishh...mamat ni, tengok aku ke dari tadi. Cucuk mata tu dengan garpu ni baru tau..." bisik hatinya lagi.

"Abang Raf...boleh Hafis bercakap dengan abang sekejap... ada hal mustahak nak bincang." pinta Hafis dengan abang sepupunya itu.

"Ok..sekejap ya ladies..."

Mia Astella hanya menganggukkan kepalanya di hadapan tunangnya itu. Mereka berdua pun berjalan ke arah lain setelah itu dan dia menegur sikap Astiana sekali lagi.

"Adikk, kenapa ni??? Jangan buat malu tau... Itu orang terkenal.. Tak pasal-pasal kena saman nanti."

"Peduli apa adik... Adik punya suka lah kak..."

"Jangan, tolong belajar hormat orang ye... Akak tak suka..."

"Baiklah...adik tak buat lagi...sorry..."

Hafis dan Rafizi berbicara.

"Ada apa???"

"Guess what abang???"

"Untuk apa??? Kenapa ni???"

"Hafis malu nak cakap lah...."

"Cakap je lah...dengan abang pun segan ke???"

"Hafis suka kat Asss....siapa nama dia???"

"Astiana........?"

"Ye..."

"Jangan main-main, adik tunang abang tu... Kau tu ramai peminat. Tak pasal-pasal menangis As lagi."

"Tak, serius ni abang...lagipun dia suka go-kart kan... I mean that she also like what i'm doing know..kan...kan..."

"Macam mana kau tahu ni???"

"Tak, tadi kami berlawan dekat track.. So, dia boleh buat taktik cantik... Hafis kagumlah... walaupun macam jantan sikit. Cuma depan dia malaslah nak puji melambung nanti berlagak pula kan...."

"Ok, abang faham. So, nak abang buat apa???"

"Tolonglah, Hafis nak dia jadi girlfriend Hafis forever....boleh???"

"Yang ni, kita kena bincang dengan Mia dulu..nanti abang aturkan...."

"Thanks abang...."

Mereka pun balik semula ke tempat duduk masing-masing di meja makan itu.

"Apa yang diborakkan tu???" tegur Mia di hadapn mereka berdua yang barui sampai selepas beborak tadi.

"Tak ada apa-apa sayang...hehehe.."

"Ok..."

Manakala, Astiana setelah selesai makan, dia mendengar MP3 nya itu sahaja. Ini taktik Kimi Astiana juga untuk mengelak dari mendengar perbualan cintan-cinton antara kakak dan abangnya itu.

"Ok...begini...sementara adik awak mendengar MP3 tu dan dia tidak dengar perbualan kita. Saya nak tanya sikitlah..." tiba-tiba Rafizi bersuara dan bertanya dengan Mia.

"Ada pa???"

"Sepupu saya ni, minat dengan Si As, adik awak tu...." katanya sambil menunjukkan matanya ke arah Astiana.

Hafis menjadi malu pula.

"Yeke...??? Takkan lah...adik saya ni 'kasar' orangnya... tak reti dan tak suka bercinta-cinta ini..."sahut Mia.

"Tak pa kak... saya betul-betul ikhlas nak berkawan dengan dia. Itupun kalau akak bagi."

"Kalau akak, terpulang pada As sendiri...dia punya badan dan dia ada hak untuk memilih..."

"Jadi, akak izinkanlah...."

"Ye... kalau dah tunang akak setuju dengan siapa adik akak ni berkawan.. So, Hafis pun faham-fahamlah ye... betul tak sayang...???" usik Mia dengan tunangnya itu.

"Betul... tapi mesti serius ok...ini bukan perkara main-main macam go-kart tu..." pesan Rafizi kepada sepupunya.

"Insya Allah abang akak...." jawab Hafis lagi.

Suara Astiana pula mencelah....

"Dah habis borak ker??? Adik nak balik lah...bosan...." tanya adik kepada abang Rafizi.

"Ok sudah habis...and dah bayar pun kan Mia...hehehehe...." usik abang lagi.

"Ishh...abang ni...bunyi macam tak ikhlas je..."

"Ikhlas lah adik...sudah jangan nak gaduh dekat sini." balas kakaknya itu.

"Adik balik dengan Hafis, akak dan abang nak pergi satu tempat yang romantik kejap... So, Pandai-pandai bawa diri ye...." kata Mia tetiba menyuruh adiknya balik dengan Si Hafis itu.

"Apa akak ni...suka hati arah adik je..."

"Takpe, saya janji akan hantar awak balik rumah dengan selamat..." celah Hafis pula.

"Ishh...sibuk jer....yelah...yelah.... Akak dan abang jangan lambat pulak... Korang tu belum kahwin lagi. Jangan nak lebih-lebih pulak...." pesan adik kepada kakak dan abangnya itu lagi.

Mereka bertiga hanya tersenyum sesama sendiri.


********************************

Perjalanan Hafis dan Kimi Astiana ke kereta Hafis.

          Hafis mula merasakan yang Astiana tidak berapa menyukai dirinya. Ini disebabkan perjumpaan pertama di antara mereka bermula dengan adegan yang kurang baik iaitu perlawanan bersama di atas track petang tadi.Namun begitu, Hafis cuba untuk mengambil hatinya kembali agar Astiana mahu memberi ruang sedikit dihatinya untuk mengenali diriku ini. Hafis memulakan perbualan di antara mereka.

"Awak, awak masih marah dengan saya sebab petang tadi ke???" tanya Hafis kepada Astiana.

"Ehh taklah...biasalah tu salah faham kan..." balas Astiana.

Astiana sebenarnya juga berasalah bersalah terhadap apa yang berlaku pada petang tadi. Dia sememangnya tidak kenal Hafis siapa sebenarnya. Kalau dia tahu masakan dia berani memarahinya tidak tentu pasal di track tadi. "Ishh...aku serba salah betullah dengan mamat ni..." Bisik hatinya.

"Habis tu kenapa awak diam je... Tak sudi ke saya nak hantar awak balik ni...???" sindir Hafis.

"Laaa.. macam tu pulak.... Errrgg...bengang betullah dengan mamat ni..." kata dalam hati As lagi dengan geram.

"Siapa kata tak sudi, tapi pastikan hantar saya balik terus ye... jangan pulak 'culik' saya ke tempat lain pulak... Tak pasal-pasal saya cerita dekat Abnag Rafizi nanti..." gertak si As dengan Hafis.

"Ooo..nak gertak aku lah tu....hehehehehe..." sindir Hafis dalam hati dan terus ketawa.

"Maaflah, kalau awak tak suka saya...tapi jangan layan saya macam orang asing boleh tak??? Abang Rafizi itu abang sepupu saya. Nanti bila dah kahwin dengan kakak awak... Jadi kita pun automatik jadi saudara juga... So, anggaplah saya saudara awak ye..." terang si Hafis dengan As kerana dia tahu As itu anti lelaki. Sudah melihat gayanya seperti jantan pun Hafis boleh teka.

"Emmm...ok..saya faham... Sudah ke berbahas tadi...Ni, dari tadi berjalan...Mana kereta awak??? Kaki saya dah lenguh ni encik abang oooiii..." sahut As dengan sindiran lagi.

"Kita dah sampai sebenarnya tadi, tapi awak tak berhenti nak berjalan. So, saya ikut je lah awak... hehehehehe....."

"Apa??? Emmm......terukklah awak ni..."

"Itu kereta saya Gen-2 warna merah....nanti ingat ye nombor flat kereta saya...hehehehe..." kata Hafis.

"Yelah...saya akan ingat supaya saya nanti dapat lari jauh dari kereta awak....mana tahu terserempak. Saya terus elak diri." Balas As.

"Amboi....makin benci nampak...hehehehe..."

Mereka pun masuk ke dalam kereta....kemudian, menyambung perbualan mereka sambil Hafis memandu keretanya untuk menuju ke rumah kakak Astiana.

"Boleh saya panggil awak As...???"

"Boleh..Silakan...lagi pun itu memang panggilan nama saya...." sahut As lagi. "Isshh..mamat ni...mengada-ada lak...dah tahu nama kita lagi nak gurau-gurau." Bisik hatiku.

"Malam ni, saya ada hajat dan nak berterus terang... Sebelum saya balik ke negara orang dan apa yang  saya mahukan akan tercapai juga." Terang Hafis dengan satu persatu.

"Maksud awak..."

"Pertama, saya selepas ini ada perlawanan di luar negara dan saya mungkin akan merindui seseorang."

"Hah...tak faham..."

"Awak dengarlah dulu apa yang saya nak cakapkan...."

"Ok..." Astiana terus menundukkan kepalanya..

"Kedua, saya nak beritahu awak yang saya suka kat awak.... Saya nak menyayani awak..Boleh???" tanya Hafis sambil memberhentikan keretanya di tepi jalanraya yang entah di mana haluannya hanya untuk memberitahu hal itu kepadaku.

"Kenapa??? Emmm, maksud saya kenapa saya??? Saya tak cantik, kasar dan suka benda lasak... dan..."

Mulut Astiana terkunci apabila jari Hafis di bibirnya untuk menyatakan dia untuk berhenti berkata-kata.

"Saya tahu semua itu, walaupun saya baru kenal awak hari ini. Tapi hati saya berkata "Saya hanya inginkan awak jadi teman hidup saya... Itu sahaja" Bolehkan????" kata Hafis kepada Astiana sambil memandang muka dan mata aku.

"Saya tidak dapat bagi jawapan...dulu... tapi dengan syarat... awak mesti menang dulu pertandingan tu...boleh...??? Baru saya akan beri jawapannya." Pinta Astiana sehingga memberi syarat kepada Hafis.

"Ok..kalau itu yang awak mahu...saya sanggup tunggu.." sahut Hafis.

Astiana mula merasa bersyukur kerana dapat diberi kesempatan untuk berfikir. Kerana hal ini berlaku terlalu cepat namun hati aku tidak mahu menjawabnya dengan terburu-buru.

"Ok, dalam pada saya cuti ini kita kawan ok....Deal???" pinta Hafis sekali lagi.

"Deal..."

"Jom, kita balik...risau pulak kakak dan abang Rafi nanti..."

Mereka berdua akhirnya bersetuju dengan tempoh yang ada Hafis di Malaysia ini, mereka akan berkawan dan mengenali hati budi masing-masing. Mereka kerap kali berjumpa berdua dan kadang-kadang berempat. Dan yang paling seronoknya sekarang kakak aku, Mia sudah pandai membawa go-kart seperti aku juga. "Seronoknya....". Semua berkat dari Abang Rafizi yang sangat memahami kami berdua.

Sebulan tamat bercuti, Hafis balik ke luar negara. Setibanya di lapangan terbang...

"Aku janji , aku akan bawa kemenangan untuk awak Astiana....demi cinta aku padamu...." luahan hatinya pada sekeping kad kecil dan sekuntum bunga mawar diberikan kepada aku semasa pertemuan terakhir kami di lapangan terbang untuk menghantarnya balik ke luar negara semula.

       Wahai blog aku, lama juga hati aku tidak meluah di sini. Mungkin kerana aku ada teman pengganti menjadikan aku alpa dan leka dengan duniawi aku sendiri. Dulu, hati aku sangat terhibur dengan adanya Kakak Mia, Abang Rafizi dan hero malaya go-kart aku iaitu Hafis..... Dia juga lelaki pertama yang berani meluah perasaan dengan aku. Itu pun tidak sampai satu hari diperkenalkan di antara aku dan dia. Pertemuan bermula dengan pergaduhan di atas track go-kart telah menjadikan aku kenal apa itu cinta dan kasih sayang. Hati aku sangat luruh dengan setiap kata-kata semangat yang diberikan oleh Hafis kepada aku, di kala aku bersikap kasar dengannya. Dia pun tahu yang minat dan cinta aku pada go-kart sahaja. Walaupun aku tahu dirinya ingin aku berubah menjadi gadis yang lembut seperti kakak aku Mia... Aku tetap terus mencuba. Aku tahu kini dia sedang menunggu jawapan daripada aku tentang penerimaan cintanya dari aku. Maka, hari ini denap 6 bulan dia di sana. Tiba masanya dia kembali ke tanah airnya. Adakah dia mengota janji lamanya itu pada aku???? Entah, aku pun tidak pasti. Aku sanggup tidak melihat pertandingan itu di kaca televisien hanya kerana ingin mendengar dari mulutnya sendiri untuk memberitahu tentang itu. Aku berdoa agar kami dapat bersama kerana sejujurnya hati aku terbuka untuk dirinya iaitu Hafis sayang....

Enam bulan berlalu......Tibanya Hafis di lapangan terbang Kuala Lumpur.

       Matanya meliar mencari gadis yang ditunggu-tunggunya selama ini. Beg yang dibawanya akhirnya dilepaskan sahaja apabila terkejut melihat Kimi Astiana yang sedang berdiri di hadapan sedang memakai baju kurung yang sangat cantik. Sungguh sesuai dengan dirinya. Hafis sememangnya tidak pernah melihat Kimi Astiana memakai pakaian seperti itu. Kakinya kaku dan melangkah perlahan melihat perubahan kekasih hatinya yang sangat cantik itu dna tidak percaya dia sedang berada di hadapannya. Hafis pun menegur Astiana. Sedangkan Astiana menangis teresak-esak kerana turut merindukan Hafis selama ini.

"Cantik, As hari ini.... Hafis suka tengok As pakai baju kurung... Dah tak macam jantan...hehehehe...." Hafis yang menegur lalu mencuitkan hidung Astiana dengan pantas.

"Thanks, Hafis..."

"Oh ya...apa jawapannya sayang????"

"Mana piala tu?? Nak tengok...dulu."

"Nak...pegang ya...dan jangan tak percaya pulak...."

"Hah...Astiana apa tunggu lagi, beri jawapan cepat. Abang dan kak Mia nak dengar juga...." sindir abang Rafizinya lagi.

"As setuju....Hafis."

"Betul ke?? Yess!!!! Yaaahhhooooo..........." sahut Hafis sambil melompat-lompat keran gembira cintanya diterima oleh As. Akhirnya, dia diketahui oleh orang ramai di situ lalu orang luar menghampirinya untuk meminta tandatangan.

Ketiga-tiga mereka terus mengundurkan diri untuk memberi ruang kepada peminatnya itu.

"Kak bangga dengan adik... Adik berani mengubahnya... dan hati akak berasa lega sekarang di samping jodoh adik di hadapan mata akak, akak juga sempat melihat perubahan adik akak yang baru ini. Ini baju kurung akak belikan dulu ya.. Cantik dan sesuai untuk adik..." sapa kakaknya dengan penuh perasaan dan menangis di hadapan As kerana adiknya dapat berubah menjadi gadis yang lemah lembut mengikut apa yang dipinta oleh arwah ibunya dulu. Kini semuanya termakbul.

         Mereka berdua akhirnya berpelukan sambil menangis. Manakala tunangnya hanya memerhatikan dua keadaan yang berbeza sahaja iaitu pertamanya sedang meraih kemenangan dan menemui peminatnya dan kedua pula, adik-beradik yang tidak lekang dengan kasih dan sayang begitu bahagia sekarang kerana bahagia sudah menghampiri mereka berdua. Syukur alhamdulillah............

Sebulan kemudian...........

        Kakak Mia dan Abang Rafizi selamat melansungkan perkahwinan mereka dengan meriah sekali. Di samping itu, aku turut gembira kerana aku dan Hafis turut menjadi pengapit mereka. Manakala dengan kisah cinta aku dan dia....hehehehe.... special..... sentiasa berbalah di atas track go-kart kami..... kerana cinta kami terwujud apabila berada di atas track go-kart itu sahaja. Aku dan dia saling mencintai sekarang dan kini aku telah berjaya menemui cintaku yang sebenarnya ada di GO_KART!!!!!!!!



~ Tamat ~

Oh Paris, I LOVE YOU!!!!


 Pada hari semalam aku pernah bermimpi yang kehidupan aku mungkinkah akan terus menjadi begini iaitu sentiasa mimpi di siang hari kerana dalam aku mula tidur lena pasti aku akan mimpikan sesuatu yang luar biasa, angan yang teramat tinggi sehinggakan aku sanggup meluahkan apa sahaja yang aku mimpikan itu di status facebook aku. Tapi, ramai juga orang mengejek aku sebab aku hanya bermimpi sahaja. Episod dulunya aku memang suka berangan-angan, namun kini tidak lagi ia sudah menjadi satu kenyataan yang membanggakan diri aku.

        Fatin Liyana, seorang gadis yang gemuk dan suka makan coklat tak kiralah coklat apa sekalipun. Dalam hidupnya memang pantang nampak coklat, baju coklat, kasut berwarna coklat, kek coklat dan sebagainya. Sehinggakan biliknya sendiri pada dinding dan hiasannya adalah dengan berwarna coklat. Namun walaupun minat terlalu tinggi dengan coklat dan warna coklat, dia tidak pernah lupa dengan warna-warna yang lain. Kelebihan yang ada pada Fatin ialah dia sangat kreatif dan baik dalam memadankan sesuatu   warna. Fatin mempunyai bakat dalam dunia fesyen. Biar pun fizikalnya yang gemuk dan gempal tidak akan jatuh tahap gayanya yang jauh lebih bagus dari orang kurus dalam menghiaskan dirinya itu. Kadang-kadang ada juga masanya dia nampak berlebihan tetapi dia tidak mempedulikannya. Yang hanya dia inginkan adalah kegembiraan dalam dunianya sendiri.

          Zaman perkuliahannya sudah pun berakhir apabila sudah berjaya merealisasikan dirinya untuk berdiri di atas pentas convocation bagi bergelar siswazah. Jadi banyaklah perancangan yang akan dilakukan oleh Fatin Liyana pada masa itu. Perancangan pertama, dia ingin menjadi seorang pereka fesyen dan membuka bisnes sendiri. Adakah semua itu akan berjaya??? Persoalan itu telah di jawab oleh sahabat karibnya, Sofie yang seakan-akan sama dengan dirinya selalu memberi nasihat agar tidak meletakkan sesuatu harapan yang tinggi dalam dunia kariernya. Masalah....

"Adakah orang sudi mengambil kita bekerja???".

"Tengoklah diri kita ni Faty... dahlah gemuk...tak cantik.. Nanti tak pasal-pasal bukan dapat lamaran kerja..tapi, dapat lamaran ejekkan je..." kata Sofie.

"Jangan putus asalah Sofie... Kita ada pelajaran apa.... bijak dan pandai... Dia orang nak ejek kita biarlah. Janji impian aku pasti akan tercapai... Itulah yang aku nak dari dulu lagi." Jawab Faty kepada kawannya.

"Impian kau tu tinggi sangat. Aku pun tak mampu nak capai..." sindir kawannya itu sambil menolak bahu Faty.

"Tak apalah, angan-angan tak bayarkan.... Tapi, makanan ni kau mseti bayar tau!" sahut aku.

"Hehehehe... kau lah bayar...kau kan pandai cari duit sekarang." Pujuk kawannya lagi.

"Hah, pandailah sangat... Kita kena rajin, macam aku... Gemuk-gemuk aku pun, fikiran aku tak buntu tau... KREATIF!!! lagi..." Faty menjawab dengan bangganya di hadapan kawannya itu.

"Nak ni duit RM 50.00... kau tolong aku bayar makanan yang kita makan ni kat kaunter tu ok... aku tunggu kat depan. Kita kena bergerak lebih rajin lagi. Walaupun hakikatnya badan kita ni tengah 'berat' sekarang.." kata Faty lagi.

Faty yang sedang menunggu kawannya itu, dia sempat merakamkan gambar pemandangan di sekitar shopping compleks itu. Selain itu dia akan mengambil gambar seperti gaya-gaya wanita yang berfesyen terutamanya wanita berbangsa cina. Itu hanya adalah untuk mnendapatkan inspirasinya bagi mencipta baju fesyen khas.

"Apa yang kau ambil tu??" tanya Sofie.

"Gambar orang..."

"Hah???!!! Gambar orang??? Buat apa??? Nak culik ke???" jawab Sofie yang hairan dengan perbuatan kawannya itu.

"Gila!!! Bukan lah... aku nak ambil fesyen pakaian mereka... Nice!!!! I want to do something different!!!" sahut Faty sambil meneruskan mengambil gambar yang bersesuaian.

"Nak dapatkan ilham, kenalah buat kajian dulu... seperti aku ni... mula-mula ambil gambar... kemudian, cuci gambar...dah tu...." terang Faty satu persatu tentang tujuan dirinya untuk mengambil gambar itu.

"Dah tu???...Kenapa diam pulak???"

"Handsomenya.... nasib baik sempat ambil gambar dia tadi." jawab Faty dengan perlahan.

"Handsome?? Siapa handsome???"

"Tengok sana..." jawab Faty sambil mengarah tangannya ke arah lelaki itu.

"Ye... memang handsome..."

Mereka berdua terus memerhatikan lelaki yang tinggi dan tampan sedang berada di Kedai SAMSUNG. Dia sedang melihat barangan di sana. Beberapa minit kemudian...

"Hello!!! Sudah... tak terpandangnya kita ni lah... dia handsome, kita ni gemuk. Ingat tu...." jerit Faty tiba-tiba sambil menepuk bahu si Sofie.

"Alamak, terkejut aku..." jawab Sofie.

       Mereka pun melangkah keluar dari situ dan menuju balik ke rumah. Niat di hati Fatin sudah tercapai untuk mencuci mata mencari ilham tentang dunia fesyennya. Di sebalik itu juga dia bersyukur dapat melihat 'keindahan' yang sungguh menawan hatinya tadi. Lelaki yang kacak dan tinggi itu.

        Nasib baik aku ada kerja sambilan sekarang walaupun sebagai seorang photographer biasa sahaja. Dari hal itu aku boleh edit sedikit-sedikit gambar yang aku petik ini dan menjadi hasil yang baik. Bakat itu terpendam terlalu lama setelah arwah ayah memberikan kamera yang canggih kepada dirinya selepas tamat pengajian. Itulah sumber yang aku perolehi sementara mendapat kerja yang lebih sesuai lagi nanti. "Terima kasih ayah...." Bisik hatinya dengan kamera kesayangannya itu.

Dalam perjalanan hendak ke rumah, dia singgah sekejap ke kedai untuk beli surat khabar untuk mencari pekerjaan lain. Kalau boleh dia hendak lakukan sesuatu yang mengikut minat dirinya itu ingin menjadi pereka fesyen.

       Apabila tiba di rumah, dia dan kawannya sedang membelek-belek surat khabar dan juga majalah fesyen sebagai permulaan membuat kajian tentang pekerjaan mereka.

"Yang ini, ok....tempat dia berdekatan je kat rumah kita...." tiba-tiba suara Sofie berbunyi.

"Tak oklah... bos cina...aku nak yang orang melayu...boleh??" jawab Faty.

"Kau ni memilih sangat...mana lah nak cari orang melayu kerja macam kita ni...peliklah kau..." balas kawannya lagi.

"Ada, satu hari nanti aku nak bekerja dengan pereka fesyen melayu macam kita... baru kelassss!!! Dapat juga bantu kaum orang melayu kan.....hehehehe" sahut Faty sambil meminum air sirap merah yang penuh dengan ketulan ais di dalam gelasnya itu.

"Sebelum aku nak lamar pekerjaan ini, aku nak buat satu lakaran sikit untuk 'basic' aku. Baru orang tau aku siapa kan???!!! Kalau tak buat, kau tahulah dia orang pasti gelakkan kita yang badan macam 'tong' ni...." kata aku lagi.

"Jahatlah mulut kau!!!! Apa-apa pun kita ada pelajaran juga kan...macam kau kau cakap dekat aku tadi kan..." celah si Sofie.

"Ye... tapi, kita kenalah ubah perserpsi orang terhadap kita dulu, buktikan sesuatu itu dengan benar. Baru orang percaya dekat kita yang nak semangat ni minta kerja." terang Faty lagi.

"Ok...aku faham, kau kan bijak!!! Tak macam aku... Buntu memanjang..."

"Dah...pula.... Kau dengan aku kat sini, kita buat sama-samalah... lagipun, aku nak tengok gambar yang aku ambil tadi... mana tahu boleh edit sikit-sikit kan....hehehehe..." sindir aku dengan kawannya itu. Sofie memang manja dengan Faty, dia tidaklah berapa pandai dan bijak seperti Faty, walaubagaimanapun kalau ada kesusahan, Sofie pasti ada bersama Fatin. Mereka sudah seperti adik dan kakak yang tidak dapat dipisahkan lagi.    

Masing-masing mereka melakukan tugas mereka, Faty sibuk dengan lakarannya sambil mengedit gambar, manakala Sofie pula masih cuba untuk melakar sesuatu yang dia belum pasti apa yang dia hendak terjemahkan. Akhirnya, perut yang sudah penuh dengan makanan iaitu biskut dan air sirap sejuk yang dihidang oleh ibu Faty sebentar tadi telah membuatkan Sofie tertidur. Tinggallah Faty yang bertungkus-lumus menyiapkan kerjanya itu. Sesudah itu, dia membelek semula surat khabar yang tidak terusik lama di atas mejanya sejak dari tadi lalu di ambil dan di baca mukasurat mengenai jawatan kosong yang ada tertera di situ. Dia cuba memilih dan membulatkan kawasan yang diketahuinya dan juga padan dengan bakat yang dia ada dengan menggunakan marker berwarna merah. Banyak juga tempat yang telah dipilihnya. Dia bertekad tidak akan berputus asa untuk mendapat pekerjaan.


****************************

          Aizuddin, seorang lelaki yang tampan dan segak merupakan seorang bos di sebuah syarikat pereka fesyan terkenal di kawasan Kuala Lumpur ini. Dia juga mempunyai bakat mereka pakaian terutamanya untuk artis dan pelakon-pelakon terkenal. Sebilangan pekerjanya juga terdiri daripada wanita-wanita yang ada serba sedikit ciri-ciri seorang model dan pelakon. Namun, Aizuddin juga suka memilih dan hanya memilih pekerja yang sangat faham dengan perangai yang berlagak dan suka marah dan panas barannya itu. Sesiapa sahaja yang akan bekerja dengannya pasti tidak akan lama kecuali yang hanya tertarik minat dan tergila-gila dengan dirinya akan setia bekerja dengannya di syarikat itu. Termasuk setiausahanya, Suziela seorang yang cantik dan tinggi lampai dan serupa model itu yang masih setia dengannya. Kiranya, Suziela sudah masak dengan perangainya itu, apa tidaknya pada masa mula-mula dia masuk bekerja perkara pertama yang dia lakukan adalah bancuh air teh tarik dengan cukup manis dan rasanya. Kalau salah disuruhnya buat sekali lagi. Boleh sampai marah Suziela pada masa itu. Aizuddin pun tidak menyangka dia tetap tidak mahu mengalah. Itu sebab Suziela layak jadi setiausahanya sehingga kini.

"Suzie...mana pergi fail rekaan baru aku tu???!!! Lambat betul kau cari kat almari luar tu???" teriak Aizuddin dengan setiausahanya yang sedang mencari fail yang dimahunya itu.

"Sekejap bos... ada ni...saya dah nak sampai bilik bossss....." dengan kelam-kabutnya Suzie mencarinya akhirnya jumpa jua lalu berlari menuju ke bilik bosnya.

"Nak...huh!!!"

"Bagus...cepat... lain kali simpan elok-elok harta aku..." teriak Aizuddin lagi.

"Baik bos...saya faham..." jawab Suzie.

"Awak boleh keluar..." sapa bosnya lagi.

Aizuddin mula membelek lakaran itu semula. Namun dalam dia cuba melakar kembali lukisan tersebut malangnya ilhamnya pula tiada. Otaknya rasa buntu dan kosong. Rasanya, dia perlu mencari seorang pekerja yang bijak dan kreatif untuk pengganti baru pereka fesyennya, Encik Raimi atau panggilannya Reny. Dia telah mengkhianati bosnya sendiro dengan sanggup menjual hasil lukisan kepada orang lain dan juga dapat sehingga mempamerkan ke dunia fesyen di luar. Sungguh kejam pekerjanya itu, hanya keran wang dia sanggup mengkhianati syarikatnya sendiri. Hati Aizuddin sangat lega apabila dia dapat ketahui kejadian ini sebelum menjelangnya pertandingan fesyen antarabangsa yang akan dilansungkan di Paris. Aizuddin perlu mencari dengan segera pengganti pekerjanya itu.

"Suzie...masuk." Aizuddin yang menekan butang pada telefon pejabatnya untuk memanggil setiausahanya masuk ke dalam pejabatnya.

Pintu pejabat Aizuddin diketuk dan suzie terus masuk serta berdiri tegak seperti seorang model untuk mendengar penjelasan bosnya itu.

"Saya nak kamu sediakan satu iklan khas untuk mencari seorang pereka fesyen yang boleh kita harap selepas ini. Saya nak sesi temuduga itu diadakan di sini, bilik mesyuarat pada minggu depan dengan segera. Pastikan yang layak sahaja!!!!! Saya tak nak yang macam sampah!!! Mesti ada ciri-ciri yang saya sukai. Awak tahukan...???" jelas Aizuddin dengan teliti tentang keinginan untuk memcari pereka fesyen yang berkaliber dan berkualiti.

"Baik..bos..saya faham..." sahut kembali si Suzie kepada bosnya.

"Bagus...siapkan dengan segera sebelum petang ini supaya dapat esok diiklan di media massa dan surat khabar juga." Jawabnya lagi.

Suzie sudah selesai mencatat semua kemahuan Aizuddin untuk perancangan sesi temuduga itu lalu dia keluar dari bilik dan memulakan langkah yang sepatutnya. Dia amat tahu dulunya, bos sangat mengkagumi Reny cuma dia tidak menyangka Reny boleh pergi sejauh itu hingga lupa diri siapa dulunya dia. Kalau tidakkan Encik Aizuddin yang telah membangunkan namanya, Reny tidak akan berjaya seperti sekarang. Sekarang dia sudah menjadi persaingan ketat kepada syarikat Aizuddin ini dengan melebarkan sayapnya di Syarikat Pamola Designer. Kini, syarikat itu menjadi perhatian orang-orang luar berbanding dengan Syarikat Designer Ai'eZ Berhad iaitu syarikat Aizuddin sendiri. Dialah pereka dan dia jugalah bos. Suzie mula merasa kasihan dengan bosnya itu. Dia akan bantu mencari pengganti yang benar-benar sesuai dan boleh memajukan nama syarukat kita semula.


************************


            Keesokkan harinya, Fatin bangun pagi dengan penuh semangat untuk mencari pekerjaan baru. Dia mengemaskan diri untuk cuba pergi ke syarikat-syarikat yang memerlukan perkhidmatan sepertinya. Dia juga mendandan mengenakan pakaian yang bersesuaian agar salah satu syarikat yang akan dikunjunginya akan menerimanya bekerja.

"Kringgg...kringgg......" telefon rumahnya berbunyi. Mak Fatin memanggil dari luar.

"Fattyyy..... Sofie dah tunggu kau kat bus stop!!!" Mak Fatin memberitahu kehadiran Sofie yang sedang menunggunya di bus stop sekarang ini.

"Baik..jap.. Faty lagi kemas ni...." jawab Fatin lagi.

Setelah selesai berkemas Fatun keluar dan hanya sempat meminum air sebagai sarapan paginya kerana risau kawannya tunggu lama di perhentian bas itu.

"Faty jalan dulu ya mak.....Assalamualaikum." Kata Fatin kepada maknya.

"Baik-baik nak..."

Fatin terus mengambil kasut high hill berwarna hitam yang berjenama dari Padini lalu dipakainya dengan teliti. Badannya yang gemuk itu, membuatkan dia terpaksa berjalan dengan perlahan untuk sampai ke perhentian bas. Walaupun begitu, semangat hati sangat kental untuk mencari kerja pada hari ini.

Setengah jam kemudian.....

"Hai.. Sofie, maaflah lambat..." sapa Fatin kepada kawannya yang sudah berada di perhentian bas sejak tadi.

"Tak apa, wahhh!!! cantik kau hari ini... keelllaaaaasssss gitu....!!!!" puji kawannya lagi.

"Biasa je...semangat ni nak cari kerja. Bosan dah duduk termenung je kat rumah. Ada kerja part time pun tak juga hari-hari aku kerja." Kata Fatin.

"Kita tengah usaha lah ni. In Syaa Allah ada nanti."

Akhirnya bas pun tiba di hadapan mereka. Mereka menaikinya dan menuju ke destinasi yang seterusnya.

Ketika di dalam bas........

"Amboi, ada badak dalam bas kita ni lah... siap make-up lagi... Geli aku. Rasa cantiklah tu." tiba-tiba kedengaran suara lelaki yang kelihatan macam Mamat Sepah mengutuk-gutuk aku dari belakang.

"Kau ada masalah ke dengan aku???" kata Fatin.

"Ada... kau tu badan besar sangat, sengit bas ni bila kau masuk tadi." Jawab lelaki tu.

"Dah tu, tak reti nak bagi aku duduk... biar aku boleh balancekan badan aku ni dan bas ni takkan sengit!!!!" balas Fatin sambil menolak bahu lelaki itu. Dan lelaki itu, jatuh ke kerusi kosong yang ada disebelahnya.

"Padan muka kau!!!" Teriak Sofie.

Lelaki itu terus diam kerana takut dia akan dikerjakan oleh perempuan itu. Manakala orang disekelilinnya mengejeknya semula agar turun dari bas itu sebab sudah buat kecoh di pagi hari. Akhirnya bas itu berhenti dan mnyuruh lelaki itu keluar dari bas. Pemandu itu hanya inginkan keselesaan setiap pelanggannya yang menaiki basnya itu.

"Cik, awak berdua boleh duduk ye... senang saya nak memandu." Kata pemandu bas itu.

Fatin dan Suzie hanya tersenyum dari jauh. Mereka terasa terharu ada juga manusia yang memahami keadaan mereka. Mungkin ini satu petanda baik akan terus mendapat hikmag dariNya lagi.

"Terima kasih encik-encik semua..." sahut mereka berdua dan terus duduk dengan senang hati.

          Setelah tiba di destinasi yang mereka inginkan, mereka pun turun dari bas itu. Fatin mengambil surat khabar di dalam begnya. Dia mencari alamat yang terlebih dekat dahulu untuk meminta kerja.

"Kita pergi dekat depan itu, aku rasa syarikat yang pertama ini pasti berdekatan situ je. Mari kita cuba..." sapa Fatin kepada kawannya.

Cubaan pertama, gagal!!!

Cubaan ke syarikat yang kedua......juga gagal sekali lagi!!!!!!!

"Geramlah, kenapa dia orang suka tengok penampilan je... tak tengok kebijaksanaan kita pun!!! Kalau macam ni, macam mana nak cari duit???" keluh Sofie di hadapan kawannya.

"Sabar pasti ada yang faham situasi kita..." balas Fatin.

Dalam dia mencari arah tuju untuk mencari syarikat lain, tiba-tiba dia terlanggar seseorang yang sedang kelam-kabut berjalan.

"Aduhh....tak nampak orang jalan ke???" teriak lelaki itu.

"Dia???!!!!" terpinga Fatin melihat orang yang dilanggarnya secara tidak sengaja.

"Maafkan saya encik. Saya tak sengaja. Maaf!!!" sahut Fatin kepada lelaki itu. Lelaki itu adalah lelaki yang dijumpai di Shopping Mall semalam.

"Sudah lah....badan gemuk ada hati nak langgar-langgar orang. Nasib tak patah kaki aku tadi!!!!" lelaki itu menyahut dengan begitu kasar sekali dan hanya meninggalkan mereka di situ tanpa menoleh dan meminta maaf kepadanya.

"Sombong betul lelaki itu." kata Sofie.

"Biarlah... salah kita kan..." jawab Fatin. Dia cuba meneliti syarikat yang ketiga. Rupa-rupanya sudah sampai di hadapan mereka sahaja.

"Selamat pagi... Maaf, tumpang tanya di sini ada nak mencari pekerja baru tak???" kata Fatin kepada gadis yang berada di kaunter pertanyaan itu.

"Sekejap ye..."

"Ok..."

"Ohh...ada... tapi pihak kami belum sempat mengiklankannya. Saya boleh tolong pertemukan awak dengan setiausaha bos kami ya... Sebentar sila duduk dulu..." kata gadis itu dengan sopannya. Fatin dan kawannya duduk di kerusi tetamu yang telah disediakan.

Beberapa lama kemudian....

"Maaf...awak ke yang sedang mencari kerja tadi???" tiba-tiba Suzie datang dan menuju ke arah mereka dan bertanya soalan yang sama.

"Ye, saya..."

"Saya Suzie..perkenalkan."

"Ok, pasal temuduga tu....maaflah...sekarang ni sesi temuduga belum dibuka lagi, tapi minggu depan baru mula. Jadi boleh awak tinggalkan sebarang maklumat mengenai awak dan tolong isi borang ini juga ya. Saya akan hubungi awak semula jika awak diterima untuk sesi temuduga ini nanti." jelas Suzie satu per satu.

"Baiklah, terima kasih cik...." jawab Fatin.

"Rita, tolong ya... nanti pass borang tu dekat saya nanti."bisik Suzie kepada gadis itu. Lalu dia menuju semula ke arah kami dan bersalaman.

Fatin yang hanya melihat keadaan di syarikat itu, pekerja semuanya seperti model. Tinggi dan kurus. Otak Fatin mula ke awang-awangan, bertanyakan tentang dirinya adakah layak ke tidak berada di situ nanti. Tanpa membuang masa, dia hanya mengisi borang tersebut dan apabila selesai dia kembalinya kepada gadis di kaunter itu. Akhirnya mereka ambil keputusan untuk pulang ke rumah semula.


         Sesudah sampai di rumah, dia merebahkan dirinya di atas katil. Ketenangan dapat dirasai apabila salah satu jawatan kosong di syarikat itu dapat diperolehi. "Harap-harap aku dapatlah kerja tu nanti. Walaupun dari luar syarikat itu sememangnya moden dan canggih, pasti bos dan pekerjanya juga bagus, bukan.... Ya Allah, doakan aku dapat kerja tu....Amin." bisik hati aku. Dalam kepenatan aku pun tertidur. Kawan aku pula setelah sampai di rumah aku terus balik dan meninggalkan aku dan mak aku di rumah selepas selesai makan tengahari tadi. Manakala esoknya pula, aku sibuk dengan kerja mengambil gambar untuk pengantin baru yang berdekatan dengan rumah aku sahaja. Pasti aku kepenatan tetapi aku tetap bangga dengan diri aku walaupun gemuk masih juga ada orang yang percaya dengan bakat yang aku ada di luar sana.

        Menjelang di sebelah malam keesokkannya pula, aku sambung membuat kerja part time aku iaitu mengedit gambar. Sambil itu juga, aku terlihat semula gambar lelaki yang aku ambil hari itu. "Memang samalah dengan orang aku langgar semalam, tapi dia agak sombong sedikit. Macam tak suka gadis gemuk macam aku je." kata aku keseorangan di dalam bilik. Teringat pula aku dengan borang yang aku telah aku isi untuk jawatan kosong di Syarikat Designer Ai'eZ Berhad.

"Kenapa lama sangat tak call ni??? Tak dapat ke interview tu sebab aku..... emmmm...malas lah nak fikir." Bisik hati kecil aku.

Tetiba telefon bimbit aku berbunyi.....

"Siapalah yang call aku malam-malam ni...??? Pelik.... angkat sajalah...." sambut aku.

"Hello, siapa di sana??"

"Hello, selamat malam, maaf mengganggu... Saya Suzie... ingat tak???"

"Oh. Ingat.. Ye cik..ada apa yang boleh saya bantu??"

"Justeru saya yang nak minta tolong awak untuk datang temuduga pada minggu depan ini, boleh???"

"Boleh... saya akan datang. Terima kasih terima saya untuk temuduga."

"Sama-sama, jangan lupa ya!! Saya tunggu..." jawab Suzie.

Lalu masing-masing mematikan talian itu.

        Suzie sememangnya sengaja mengambil Fatin untuk ditemuduga. Dia tahu setelah meneliti maklumat peribadi diri Fatin pasti ada keistemewaan pada dirinya. Dengan pelbagai lakaran lukisan diberi oleh Fatin yang sungguh kreatif juga membuatkan Suzie semakin penasaran untuk mengambilnya. Namun, pasti ada yang tidak kena berlaku nanti semasa temuduga dijalankan. Sebabnya, bosnya itu amat pemilih dan yang dimahukannya adalah orang yang bagus dan sedap mata memandang. Suzie hanya berniat untuk membuka pintu hati Encik Aizuddin supaya jangan sentiasa menilai luaran sahaja yang penting dalam hatinya adalah lebih sempurna. Suzie berharap agar dia berjaya dengan misinya itu.

"Hello, Sofie aku dapat temuduga lah... seronoknya..." kata Fatin yang ceria di talian yang sedang berbual dengan Sofie.

"Ye...untunglah kau.. rezeki tu... buat baik-baik ye.." jawab Sofie lagi.

"Ok. Thanks...my friend."

"Welcome... bye dear." kata Sofie lalu mereka mematikan telefon.

Fatin akhirnya dapat tidur lena setelah dapat khabar baik itu. Dia akan buat yang terbaik untuk temuduga nanti. Hal ini kerana dia ingin mencapai impiannya untuk sampai ke Paris dengan kejayaan yang dia miliki nanti iaitu menjadi pereka fesyen yang terbaik di seluruh Asia.

"Hehehehehe......" aku ketawa kecil melihat dirinya yang asyik suka berangan tinggi.


************************

Pada di hari sesi temuduga sedang dijalankan.................

         Fatin tiba di hadapan Syarikat Designer Ai'eZ Berhad. Masuknya Fatin ke dalam dan melihat keadaan orang yang tidak berapa ramai telah dipilih untuk ditemuduga termasuklah diri aku. Fatin cuba memberi senyuman kepada bakal-bakal pereka di hadapan. Namun, hati aku tawar apabila melihat respon yang diberikan oleh mereka terhadap aku.

"Eh, tengok dia ni ada hati nak jadi designer ke??? Macam badut je aku tengok!!! Dah tu badan dia.... hahahaha..." Bisik dua orang perempuan yang gayanya ala-ala model dengan make up yang sungguh cantik dan berseri. Perbualan mereka itu didengar oleh Fatin. Fatin amat kecewa dan hanya mendiamkan diri sahaja di kereusi penunggu yang telah disediakan. Dia juga berasa kasihan dengan kawannya Sofie kerana tidak dipilih untuk sesi temuduga ini. Rindunya dengan kawan karibnya itu.

Fatin hanya terus memberi senyuman kepada yang lain. Dalam hatinya berkata, "Aku tidak kisah apa orang nak kata tentang aku yang penting aku nak usaha dan buktikan!!!".

Gadis di kaunter pertanyaan mula berkata....

"Semua peserta sudah bersedia??? Selepas ini, sesi temuduga akan dijalankan dan di minta semua senyap ya... Saya juga akan memanggil setiap nama peserta satu persatu mengikut giliran. Terima kasih..."

        Suzie yang cuba melihat menggunakan CCTV di bahagian tempat duduk penunggu itu dari arah bilik penemuduga. Dia sedang memerhatikan setiap gerak-geri pesertanya juga. Di samping itu, dia seolah-olah mencari gadis gemuk itu dan dilihatnya dia sudah sampai. Maka, hari ini misinya akan bermula. Setelah dilihatnya semua bersedia, dia membuat panggilan kepada Encik Aizuddin untuk bersedia masuk ke bilik mesyuarat. Encik Aizuddin hanya mengiakan sahaja lalu keluar dari pejabatnya terus menuju ke bilik tersebut.

"Rita, siap dan bersedia dengan peserta yang pertama." Panggilan dari Suzie kepada Rita.

Rita pun memanggil peserta pertama sehingga berterusan sampai ke peserta kelima. Setiap masa yang di ambil untuk peserta adalah selama 40 minit. Sungguh lama. Itu membuatkan Fatin menjadi resah dan tidak selesa.

Kemudian, sudah tibanya masa Fatin untuk ditemuduga. Fatin melangkah ke arah bilik mesyuarat. Pintu bilik itu diketuk olehnya.

"Masuk...."

Fatin masuk ke bilik tersebut dan terkejut melihat salah seorang para panel yang menemuduga itu adalah lelaki yang ada di shopping mall hari itu. Malangnya, Encik Aizuddin tidak mengingat apa-apa. Tanpa membuang masa dia menukarkan fikirannya dan terus fokus dengan sesi temuduga itu sahaja. Gelagat para penemuduga pula saling berbisik-bisik dan Encik Aizuddin cuba menjeling setiausahanya yang memilih gadis seperti itu untuk ditemuduga. Suzie tahu bosnya marah dengannya sebab mengambil gadis berbadan besar untuk dijadikan sebagai pereka fesyen sedangkan dia tahu citarasa Encik Aizuddin yang sebenar.

"Baiklah... sebelum awak mula hendak menceritakan tentang latar belakang awak, saya nak beri soalan ini dahulu. Saya nak tahu kenapa pihak kami perlu menerima awak bekerja di sini???" sapa Aizuddin dengan tidak memulakan perbicaraan dengan betul di hadapan Fatin.

"Maaf terlebih dahulu encik, saya layak memilih jawatan yang saya rasa saya mampu lakukan dan beri sumbangan yang terbaik dengan syarikat anda. Saya juga mempunyai kelayakan yangbersesuaian dan bakat yang ada boleh saya tonjolkan untuk berada di sini sekiranya saya benar-benar diberi peluang oleh pihak anda untuk memberi sumbangan dan diterima bekerja." Jawab Fatin dengan tegas dan yakin.

"Walaupun rupa badan awak....." sahut Aizuddin..

"Gemuk...???!!! Itu sudah menjadi tanggungjawab saya untuk terima apa juak cemuhan. Tapi adakah semua itu penting, encik??? Paras rupa tidak penting bagi saya sebab yang tidak cantik tidak seperti tiada bakat dan yang cantik pula tidak semestinya sempurna. Betul Cik Suzie???" kata aku lagi dengan ingin menegaskan jawapannya lagi.

Suzie hanya senyum kecil di hadapan mereka.

"Ok, apa kelayakan yang awak ada dan boleh tunjukkan kepada kami???" tanya salah seorang panel yang ada di situ.

Fatin menjawab lagi dan kali ini dia menunjukkan hasil lakarannya yang baru iaitu dari hasil simpannnya sendiri. Walaupun dia sudah memberi contoh lakaran yang lain, tapi kali ini dia menunjukkan idea-idea lakaran lain yang lebih kreatif dan elegan lagi.

"Woowww!!!! cantiknya..." bisikan dari antara panel-panel di situ. Mata panel juga terpinga-pinga melihat hasil lakaran yang cantik itu hanya dengan menggunakan pen berwarna dan coraknya sungguh menawan.

Namun, Aizuddin memberi respon yang kurang senang di hadapan Fatin.

"Betul ke awak yang lukis ni??? Bukan curi???" tanya Aizuddin dan membuatkan panel yang lain terkejut mendengarnya.

"Semestinya tidak...." jawab Fatin lagi.

Tapi di dalam hati Aizuddin berkata, "Bagaimana dia boleh melukis sebagus ni??? Mesti dia ni mempunyai bakat yang tersendiri. Tapi aku tidak boleh percaya 100% melainkan......." bisik hatinya.

"Jadi, kami sepakat.... akan menerima awak bekerja. Tahniah!!!! Sila rujuk setiausaha saya nanti. Terima kasih." kata-kata akhir dari bos Suzie.

Suzie sudah mengagak semua ini akan berlaku dan dia juga faham isi hati bosnya. "Pasti dia ada niat lain, tidak begitu mudah dia akan menerima Cik Fatin seperti itu." Rungut di hatinya. Suzie terus membawa Cik Fatin keluar dari bilik itu lalu berbisik..."Tahniah!!! Saya memang mahukan awak dari mula kita jumpa. Selamat datang ya.....".

Fatin hanya tersenyum dan masing-masing bersalaman.

"Saya akn hubungi awak nanti." sapa Suzie lagi.

"Ya cik Suzie, terima kasih." jawab Fatin.

Setelah itu, Fatin pun keluar dari syarikat dan tidak sabar hendak menceritakan yang dirnya sudah mendapat kerja kepada Sofie.

"Hello, Sofie...aku berjayalah...."

"Ye...terus dapat... woooww!!! Tahniah!!"

"Aha...nanti kita borak panjang lagi ya. bye..." telefon Fatin dimatikan.

          Aizuddin berasa tidak puas hati dengan hasil lakaran Si Fatin. Dia mula curiga dengan hasilan Fatin itu kerana dia memang tidak suka orang yang lebih pandai darinya. Dia tidak dapat terima. Walaupun hatinya sudah menerima Fatin untuk bekerja di bawahnya, dia akan pastikan Fatin mesti buktikan kata-kata sebentar tadi iaitu dia akan berikan yang terbaik untuk syarikat ini. Dengan ini, dia akan cuba memberi tugasan kepada Fatin untuk melakar bagi membuat Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa itu yang diadakan di Paris nanti. Pertandingan ini akan berlansung tidak lama lagi. Jadi dia perlukan idea asli dengan segera. Di fikirannya hanya mementingkan kemenangan syarikat sahaja bukan hendak memberi komitmen yang baik dengan pekerjanya.


*************************

Apabila tiba di rumah....Sofie dan Fatin berborak.

"Macam mana?? Bila kau start bekerja???"

"Esok..."

"Cepatnya..." keluh Sofie.

"Baguslah, taklah aku bosan ngadap kau je hari-hari..." dengan selambanya Fatin menjawab.

"Kau ni jahatlah.... Aku pula cemburu kat kau sebab aku masih penganggur."

"Siapa kata kau penganggur??!! Kau pun sudah dapat kerja...tanpa ditemuduga." Jawab aku lagi.

"Eh, kerja apa?? Dengan siapa??"

"Ok, macam ni... kau bekerja sebagai setiausaha aku lepas ni. Sebab, kau boleh uruskan kerja part time aku tu... Jangan risau aku bagi kau gaji lah..." terang si Fatin dengan Sofie.

"Memandangkan aku ada kerja tetap, jadi aku kena fokus lebih pada pekerjaan aku kan... dan kau boleh tolong aku untuk teruskan agenda kerja aku sebagai jurugambar ni... Faham..."

"Tapi, macam mana??? Kau tahukan aku tak pandai tangkap gambar, kalau edit retilah..."

"Itulah yang aku nak... Pasal jurugambar itu biar aku urusankan. Kau hanya buat jadual untuk aku selari dengan kerja aku nanti. Jadi kita dapat hasil pendapatan yang banyak juga." Kata Fatin lagi.

"Ok, aku faham...terima kasih Fatin...muah..muah... sayang kau!! Taklah mak aku bising lagi nanti." puji Sofie.

"Yelah..." sahut Fatin sambil memerhatikan gambar lelaki itu semula. Dia teringat lagi akan wajah lelaki itu di hadapan. "Tampan dan segak tapi...meluat aku dengan kesombongan dia" bisik hati aku.


Keesokkan harinya.....situasi di pejabat.

"Selamat pagi cik Suzie."

"Ya, selamat pagi... dan selamat datang ke Syarikat Designer Ai'ez Berhad. Mari saya tunjukkan pejabat awak." Mereka melangkah menuju ke pejabat baru Fatin.

"Wahh...cantiknya Cik Suzie."

"Ok, silalah masuk... Selamat bekerja. Ada apa-apa sila jumpa saya nanti ye..." jawab Suzie dengan senyuman yang manis. 

Tibanya aku di situ hanya Cik Suzie yang memberi respon yang baik, manakala pekerja yang lain hanya menjeling sahaja. Mungkin tidak suka dengan penampilan aku dan badan aku yang gemuk ini. Aku mula membelek-belek fail di atas meja. Banyak juga kerja yang terbengkalai di sini rupanya. Aku meneliti semuanya satu persatu. Tiba-tiba....telefon pejabat aku berbunyi lalu aku mengangkatnya.

"Hello..selamat pagi, boleh saya bantu..."

"Selamat pagi!!! Sila ke pejabat saya sekarang!!" kata bosnya dan terus meletakkan gagang telefonnya. Fatin merasa pelik. Tanpa melengahkan masa dia terus segera ke bilik bosnya itu.

"Cik Suzie, bos nak jumpa saya..."

"Saya tahu..sila masuk.." sahut Suzie.

"Ye...bos.."

"Sila duduk..." nada bosnya yang tegas itu.

"Saya nak awak buat satu lakaran baru untuk syarikat ini. Boleh?? lebih bagus dari hari itu." kata bosnya.

"Ishh...sombong betul!!!" Sahut fatin dalam hati.

"Boleh... bila bos perlukan lakaran itu???"

"Saya nak awak siapkan minggu depan dan letak di atas meja saya sebelum pukul 9 pagi..." kata bosnya lagi.

"Baiklah..."

"Tolong jangan hampakan saya. Saya berpegang pada kata-kata awak dulu. Jangan ingat saya lupa ya." sindir bosnya lagi.

"Saya faham bos. Dan saya akan pastikan bos takkan kecewa..." Jawab Fatin dan terus keluar dari bilik bosnya itu.

"Do the best girl..." sapa Suzie dengan perlahan di hadapan aku.

"Thanks Cik Suzie...". Dia terus berjalan menuju ke arah pejabatnya semula.

       Di sebalik perbualan tadi, sedikit sebanyak turut menarik hati Aizuddin tentang Fatin. Walaupun rupanya gemuk, tapi dia tidak pernah gugup dengan pertuturannya dan selalu yakin. Dia juga cantik dan manis tetapi kalau tidak kerana gemuk pasti banyak juga orang terpikat dengannya. Dia ramah dengan semua orang. Tadi juga dia sempat melihat Fatin dan pekerjanya yang lain berbincang untuk lakaran baru itu. Semua orang senang hati bekerja dengannya. 

"Aku tidak boleh menunjukkan yang aku suka dengan sikapnya di hadapan orang lain. Kalau tidak pasti aku rasa malu." Bisik hatinya.

Fatin sempat melihat bosnya yang sedang mengintip dari tepi meja setiausahanya itu. Dia sibuk hendak mendengar perbualan kami. Dalam hati Fatin turut tersenyum melihat gelagat bosnya itu. "Malu tapi mahu". kata Fatin dengan nada yang perlahan. Kemudian, Fatin sambung fokus balik dengan berbincangan mereka. Manakala Encik Aizuddin hanya berlalu pergi dari situ sahaja.

Keesokkan harinya....

      Niat Encik Aizuddin untuk mencari upah yang lain untuk membuat lakaran baru untuk di hari Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa sudah pun ada. Encik Safuan, pakar dalam bidang pereka fesyen juga merangkap sebagai sahabat karib Encik Aizuddin untuk membantunya menyiapkan lakaran yang sesuai untuk pertandingan itu. Dia terlalu mengharap tinggi akan hasil di antara mereka. Namun begitu, sikapnya itu akan membuatkan banyak pihak berkecil hati kerana tidak mempercayai pekerjanya sendiri. Dia tidak peduli akan persepsi orang terhadapnya tapi yang penting adalah kerjaya dan nama baik syarikatnya. Dia tidak mahu zamannya kegemilangan dulunya dirampas semula seperti mantan pekerjanya dulu, Encik Reny. Maka, perancangannya itu sangat baik untuk elak berlakunya perkara-perkara yang tidak disukainya nanti.

Tiba masanya pembentangan lakaran di bilik mesyuarat itu.

       Suzie yang sudah menyiapkan segala keperluan di bilik mesyuarat dan tidak sabar hatinya untuk melihat hasil karya lukisan Cik Fatin nanti. Suzie menekan butang pada telefon pejabat untuk menghubungi Fatin.

"Tittt.... Cik Fatin, bersiap sedia untuk pembentangan nanti ya. Kita mula pada pukul 10.00 pagi nanti." kata Suzie di hujung taliannya.

"Baiklah Cik Suzie, terima kasih." balas Fatin.

        Fatin yang berasa sangat gentar kerana ini adalah saat yang paling penting dalam hidupnya untuk membuktikan depan semua orang yang dirinya juga berbakat seperti pereka-pereka yang lain. Dia cuba menasihati dirinya agar selalu positif dalam menyediakan sesuatu dalam kerjayanya. Sanggup Fatin tidak cukup tidur untuk meyiapkan lakaran itu dan rasanya Encik Aizuddin pasti berpuas hati setelah dia memberikannya pada pagi ini tadi. Jika tidak, pasti dia sudah memanggil aku. Fatin juga tahu yang bosnya itu tersangatlah cerewet dan pantang ada kesalahan sedikit pun di matanya. Sebab itu dia melukiskannya dengan sungguh hati-hati. Tiba masa di dalam bilik mesyuarat nanti, Fatin pasti boleh beri lakukan yang terbaik untuk syarikat ini.

"Boleh tahan juga lakaran dia ni..." Bisik hati Aizuddin setelah mendapati lakaran yang diinginkannya itu telah berada di atas meja.

"Tapi, aku tetap nak menguji dirinya juga... adakah dia benar-benar lakukan ini atau dia punyai niat lain. Sahaja nak ambil hati aku...." katanya lagi dan sepertinya dia tetap tidak puas hati dengan hasil Cik Fatin ini. Keraguannya terhadap bakat Fatin masih tinggi.

"Kita tunggu nanti ya, Cik Fatin..." dengan senyuman nakal dia memikirkan rancangan buruknya itu akan tiba sebentar sahaja lagi.

"Titttt.... semua sudah berada di bilik mesyuarat, bos..." kata Suzie di taliannya.

"Baiklah, saya datang...." balasnya kembali.

Ketibaan Encik Aizuddin datang dan masuk ke bilik mesyuarat bersama seorang lelaki yang tidak dikenali oleh Cik Fatin. Manakala yang lain pula terkejut melihat lelaki itu dan masing-masing terpandang sesama sendiri termasuklah Suzie, setiausahanya.

      Malangnya, Suzie sudah mengagak semua ini akan berlaku kerana bosnya masih tidak mempercayai kebolehan orang lain selain dirinya dan sahabatnya itu. Bosnya pasti melakukan ini untuk langkah berjaga-jaga. Hati Suzie juga amat kuat dan percayai kebolehan Fatin dapat menandingi hasil lukisan orang lain.

Lampu bilik mesyuarat di tutup.

"Mari kita mulakan....... persilakan Cik Fatin." Kata bosnya itu sambil matanya menjeling tajam ke arah Fatin dengan memberi arahan yang tegas untuk memulakan sesi pembentangan itu.

"Baiklah......." sahut Fatin dan bermulalah pembentangannya sehingga selesai.

 Selepas tamat dalam masa satu jam... mereka semua bertepuk tangan kerana sangat berpuas hati dengan lakaran yang ditunjukkan oleh Fatin itu. Mereka turut yakin yang Syarikat Designer Ai'ez Berhad pasti akan berjaya masuk ke peringkat seterusnya nanti sekiranya Cik Fatin dapat menjadi pereka fesyen tetap di situ.

"Syabas...semua orang suka....tetapi saya nak juga menunjukkan 'sesuatu' yang lain dari yang lain untuk pertandingan itu nanti. Silakan Encik Safuan....." katanya tiba-tiba dan hampir mengejutkan semua orang yang berada di situ.

"Apa????!!!! Maksud kau???" teriak hati Fatin.

"Lakaran lain???" kata Suzie pula.

Fatin dan Suzie hanya melihat pembentangan Encik Safuan itu. Hati Fatin sangat pedih kerana diperlakukan seperti itu. Dia hanya mendiamkan diri sahaja di situ. Manakala Suzie sedang memerhatikan air muka  Fatin. Dilihatnya ada tangisan kecil di pipi Fatin.

"Kasihan kau, Fatin...bersabarlah kau pasti kuat melawannya!!!" Bisik hati Suzie.

Dalam situasi yang gelap itu, Fatin sempat mengeluarkan dirinya dari bilik mesyuarat itu tanpa disedari oleh sesiapa termasuk Suzie. Setelah selesai....

"Ok, tamat....bagaimana???..." kata-kata Encik Aizuddin terus terhenti apabila melihat kerusi Fatin telah kosong setelah lampu dibuka semula.

"Eh, mana Fatin??" tanya pekerjanya yang lain.

Encik Aizuddin terus terduduk dan terpinga dengan kelakuan Fatin pada masa itu.

"Encik Aizuddin, saya sebagai setiausaha encik sangat marah dengan apa yang encik telah lakukan kepada Cik Fatin sebentar tadi. lebih baik encik terus memilih Encik Safuan menjadi pereka fesyen di syarikat kita ini. Dia sudah berusaha melakukan dna memberikan yang terbaik kepada syarikat kita. Dia sungguh berbakat. Hanya kerana penampilannya yang kurang cantik itu, Encik Aizuddin memperkecilkan bakatnya yang ada. Encik Aizuddin tak patut buat Cik Fatin sebegitu....." marahnya Suzie kepada bosnya itu dan memberi penjelasan dengan jelas tentang keadaan Fatin sebenar.

"Ya betul itu, kami sama-sama setuju.." mereka pun berkata yang sama dan angkat kaki keluar dari bilik mesyuarat itu dan hanya meninggalkan bos mereka dengan Encik Safuan sahaja.

"Bro...kau tak patut buat dia macam tu... kecil hati dia bro..." sapa kawannya sambil menepuk bahunya itu.

Aizuddin mula berasa bersalah kepada Fatin. Di sudut hatinya ingin menguji kesetiaan Fatin terhadap syarikatnya namun ternyatanya salah... Dia telah menghancurkan semuanya sebab sudah kehilangan pekerja yang sangat rajin dan berbakat itu.

       Fatin yang sudah terselamat dari situasi tersepit lagi sakit hatinya terhadap bosnya itu, dia bertekad untuk tidak kembali di syarikat itu semula. Dia sangat kecewa dengan sikap Aizuddin walaupun dia tahu isi hatinya amat menyukai bosnya tapi itu semuanya mustahil disebabkan "Aku seorang yang gemuk!!!" katanya dengan nada yang kecil sambil menangis-nangis. Dia ingin melupakan segala-galanya di sini termasuk Aizuddin.

"Suzie, give me a number phone Fatin, please..." kata-kata Aizuddin kepada Suzie.

"Tunggu kejap bos...nahhh!!!" Suzie memberikannya dan Suzie juga sempat memberitahu kepada bosnya yang Fatin tetap tidak mengaktifkan nombor itu.

"Apa??? Di mana nak cari dia lagi...ergghhhh" balas bosnya dengan keadaan yang kelam-kabut.

Suzie hanya memerhatikannya dan lalu bertanya...

"Do you love her boss???" tanya Suzie.

Akhirnya Aizuddin berdiri tegak seperti terkena panahan elektrik.

"This is means.... I'm in love with her, Suzie???" sahut bosnya yang dalam keraguan dengan keadaan dirinya yang sebenar.

"Yes boss... So, go and get her!!!" balas Suzie lagi.

Bosnya terus berlari dan meninggalkan Suzie di pejabatnya itu. Namun dalam beberapa hari itu juga, Aizuddin tidak tahu di mana hilangnya Fatin. Dia susah hendak menghubunginya mahupun Aizuddin pergi ke rumahnya sekali namun tidak berjaya kerana ibunya dan rakannya, Sofie tetap tidak mahu berterus terang. Maka, tiada pilihan lain dia terpaksa tempuh di hari pertandingan di Paris itu seorang diri tanpa perekanya disisi.

Dua bulan selepas itu.....

     Fatin akhirnya membawa diri ke Paris dan mendapat pekerjaan di situ sebagai jurugambar model. Akhirnya impian tercapai untuk sampai di Paris walaupun bukan sebagai seorang pereka fesyen tetapi seorang jurugambar kepada model-model terkenal. Dia yang berada di tempat Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa di mana dulu impiannya ingin membuatkan satu model baju untuk dipamerkan di sini. Tetapi lain pula jadinya. Aku hanya mampu tersenyum sahaja. Dalam dia asyik mengambil gambar model-model yang sedang meragakan pakaian di situ, tiba-tiba dia terlanggar dengan Suzie.

"Eh..maaf saya tidak sengaja..." kata Fatin sambil menggosok-gosokkan camera kesayangannya itu.

"Awak..." sahut Suzie.

"Fatinkan.... you're look different!!! So gorgeous......" sapa Suzie lagi.

"Suzie...eh tak adalah..biasa sahaja cuma kurus sedikit." sahut Fatin lagi.

"Now u call me Faty ok...I'm a photographer now."

"Cool!!! So, tak jumpa 'dia' lagi....???"

"Siapa???" sambil Fatin mengambil gambar.

"Saya!!!!!!" tiba-tiba suara Aizuddin ada di situ.

Fatin terhenti mendengar semula suara itu dan rasanya dia sangat mengenalinya.

"Awak...bos...." gugup Fatin menyahut panggilan mantan bosnya itu.

"Cantiknya awak...dan kenapa tinggalkan saya???" Tanya Aizuddin manja.

"Mana ada saya tinggalkan bos...bos tak suka saya kan....jadi...."

"Awak pergi tinggalkan saya....." celah Aizuddin lagi yang segak bergaya dengan pakaian smart berkot serba hitam itu.

"Haii..masih handsome dia....." bisik hati Fatin lagi memuji bosnya itu.


"Model seterusnya adalah ciptaan rekaan dari pereka fesyen Cik Fatin Ahmad!!!!!!! Dipersilakan....." suara dari pengacara majlis itu menyebut nama Fatin.

Fatin tergamam dan terkejut sebab namanya di pekikan mikrofon semasa pertandingan majlis itu berlansung.

"Bagaimana???"

"Bagaimana apa, Fatin...." sahut Suzie.

"Kami tidak akan lepaskan peluang yang baik ini begitu sahaja... Tengok ramai yang teruja dengan hasil rekaan awak kan....Dan Encik Aizuddin pun tidak teragak-agak menghantar lukisan awak itu kepada mereka. Dia bertungkus-lumus menyiapkan baju itu dengan baik and itulah hasilnya..... Congratulation to you Fatin..." kata Suzie dengan menceritakan semua kepadanya.

Fatin hanya mampu menangis dan berasa sungguh dihargai.....Dia berasa bangga sebab Aizuddin tidaklah sejahat yang dia sangka selama ini. Kini, dia telah memiliki kemenangan yang telah lama dia pendamkan dan akhirnya, Aizuddin berdiri disisinya apabila mendapat tempat pertama dalam Pertandingan Pereka Fesyen Antarabangsa itu.

        Mata Aizuddin tidak lekang hanya memerhatikan Fatin dari jauh yang sibuk mengambil gambar model-model di situ. Sedangkan Aizuddin sibuk melayan kerenah wartawan. Setelah selesai........Suzie menghampiri dan berbisik di telinga bosnya itu.

"Apa lagi bos...inilah peluangnya...cepat sebelum terlambat..." kata Suzie.

Aizuddin tersenyum malu lalu melangkah ke arah Fatin yang sedang masih mengambil gambar. Dia menarik tangan Fatin lalu membawanya ke tempat yang sunyi. Hanya mereka berdua. Fatin pula terkejut dengan kelakuan aneh bosnya itu secara tiba-tiba.

"Kenapa ni??? Apa bawa saya dekat sini???" kata Fatin dengan bosnya itu.

"Fatin, saya sebenarnya hendak berterus terang dengan awak yang saya suka dekat awak... Awak terima cinta saya tak???" kata Aizuddin dengan selambanya tanpa memikirkan perasaan Fatin lagi di situ.

"Apa????!!!"

"Jadi awak tak suka saya??!!!!" kata Aizuddin sambil menarik tangan Fatin sekali lagi.

"Saya...saya...."

"Cakaplah....." sambung bosnya itu.

"Ya, saya suka awak juga..." sahut Fatin dengan nada yang perlahan dan malu.

"Yes....thank you Fatin..." katanya sambil memusingkan dirinya dan menari di hadapan Fatin.

Fatin hanya tersenyum.

"Tapi janji awak jangan sombong dengan sesiapa lagi..." kata Fatin dengan bersyarat.

"Baiklah tuan puteri...saya sayang awak... Jangan tinggal saya ye sayang...." kata Aizuddin yang manja itu.

Tanpa mereka sedari, Suzie dan Sofie mencuri dengar perbualan mereka. Jadi, mereka berdua pun turut bertepuk tangan dengan perhubungan baru di antara mereka.

       Akhirnya, Fatin dan Aizuddin melansungkan majlis perkahwinan mereka dengan meriah sekali. Kejayaan yang kini dimiliki Aizuddin juga semakin melonjak tinggi kerana adanya kehadiran seorang isteri tersayang disisinya itu. Aizuddin dan Fatin bahagia sekarang dengan menjadi seorang pereka fesyen yang terkenal dan turut membuka satu syarikat pergambaran untuk kerjaya isterinya itu juga. Kata-kata yang selalu didengari oleh Aizuddin di bibir isterinya adalah "Oh Paris, I LOVE YOU!!!!" kerana di situ perhubungan dan percintaan mereka bermula. Dia sangat menyukai Paris.


~ TAMAT ~